MUSLIMAT MERIAHKAN MALAM RAYA DENGAN BERTAKBIR - USTAZAH NURIDAH

Selasa, 7 September 2010

RANTAU PANJANG, 7 Sept: Umat Islam di seluruh negara khususnya kaum wanita dinasihatkan supaya menggantikan kemeriahan menyambut raya dengan bertakbir daripada menyediakan pelbagai juadah semata-mata.

“Jangan hanya nak bertakbir pada pagi hari raya, sebaliknya pada malam rayapun kita digalakkan bertakbir banyak-banyak,” ujar Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh.

Menurutnya, kaum ibu antara insan yang paling sebuk menyiapkan kelengkapan hari raya.

Sambungnya, jangan biarkan diri dengan kesibukan itu tanpa sempat bertakbir di malam raya.

Beliau juga mengingatkan surirumah supaya tidak terlalu boros menyambut kedatangan Syawal yang bakal menjelang beberapa hari lagi.

Menurutnya, dengan kenaikan harga barang yang semakin melambung tinggi, umat Islam seharusnya tidak terlalu boros.

“Apa lagi boros, membazir itu amalan syaitan,”ujarnya ketika berucap pada Majlis Mubarak Ramadan dan Syawal Dewan Muslimat PAS Pusat Peringkat Negeri Kelantan di Kampung Tasek, dekat sini, semalam.

2 ulasan:

PAKTIM 10 Februari 2011 10:33 PTG  

salam...kenapa artikel lama sejak bulan september 2010 masih dikekalkan dibahagian tengah ini bukan kah elok jika ditukarkan dgn artikel yg baru....

Catat Ulasan

About This Blog

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP