ISRAEL SERANG KONVOI GAZA

Isnin, 31 Mei 2010

Konvoi Gaza: 16 mati, kapal dirampas
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 31 Mei: (12.30 tengah hari waktu Malaysia) – Israel dilaporkan telah merampas kapal-kapal konvoi Freedom Flotilla. Dilaporkan jumlah kematian meningkat kepada 16 orang dan lebih dari 30 orang cedera ketika pasukan Israel menyerang kapal-kapal Freedom Flotilla pada pagi ini, menurut laporan dari Radio Tentera Darat Israel.

Konvoi kemanusiaan itu diserang ketika menghampiri 65 km dari pantai Gaza. Mereka juga berkata kapal-kapal itu sekarang sedang ditarik ke bandar Haifa Israel, bukan ke Asdod untuk mengelakkan wartawan menunggu di sana.

Wartawan Al Jazeera, Elshayyal Jamal yang berada dalam kapal Mavi Marmara, mengatakan bahawa tentera Israel telah menggunakan peluru hidup ketika mereka memasuki dan merampas kapal.

Menurut wartawan Ayman Mohyeldin dari Al Jazeera yang melaporkan dari Baitulmuqaddis, berkata tindakan Israel itu mengejutkan.

“Semua gambar yang dipaparkan dari para aktivis di kapal-kapal menunjukkan dengan jelas bahawa mereka adalah warga awam dan bertujuan membawa misi kemanusiaan dengan bekalan perubatan di atas kapal. Tindakan Israel ini pasti akan mengejutkan masyarakat antarabangsa atas apa yang telah mereka lakukan,” katanya.

Ketika ini, ribuan masyarakat Turki mengadakan demonstrasi aman di hadapan kedutaan Israel.

Untuk makluman, seramai lapan orang wakil sukarelawan dari Malaysia berada dalam konvoi kemanusiaan tersebut di atas kapal Mavi Marmara yang diketuai oleh Sdr Noorazman Shamsudin dari HALUANPalestin bersama empat orang lagi juga dari HALUANPalestin dan baki dari Yayasan Amal Malaysia, Jamaah Islah Malaysia (JIM) dan Muslim Care.

Pihak Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaz a (CMT-LL4G) Malaysia masih belum menerima sebarang berita akan situasi dan keadaan mereka di sana memandangkan jalur perhubungan dengan pihak kapal telah terputus.

Sementara itu, Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaz a (CMT-LL4G) akan mengadakan sidang media tergempar pada hari ini (Isnin, 31 Mei 2010) berhubung perkembangan serangan Israel terhadap Armada Bantuan Kemanusiaan Gaza atau Freedom Flotilla pada jam 3.00 petang bertempat di Hotel De Palma Inn, Seksyen 19, Shah Alam. Semua wakil media dijemput hadir.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi; Saudara Solehuddin Shuib, Setiausaha CMT-LL4G Telefon: 019 5511 600.

Marilah sama-sama kita berdoa agar diselamatkan sukarelawan NGO yang berada di atas kapal dan Allah SWT sentiasa memberikan keselamatan dan kebaikannya kepada mereka. Walau apapun yang berlaku diharapkan mereka sentiasa ikhlas dan mendapat keredhaan dari Allah SWT.

Untuk mengikuti lintas langsung perkembangan tersebut, sila layari http://www.livestream.com/insaniyardim/

Read more...

JUDI BOLA : GUAN ENG SEDIA KE MAHKAMAH

Ahad, 30 Mei 2010



KOTA BHARU, 30 Mei: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (gambar) sedia ke mahkamah sekali lagi jika tindakan beliau mengarahkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu tidak memberi kebenaran untuk operasi judi bola sepak bertentangan dengan undang-undang.

"Kalau tindakan saya ini salah, saya rela masuk penjara sekali lagi," kata Setiausaha Agung DAP itu di hadapan puluhan ribu rakyat di Padang Perdana di sini, malam tadi.

Guan Eng mengulas kenyataan timbalan menteri kewangan yang beliau melanggar bidang kuasanya ketika melarang judi bola sepak dari beroperasi di negeri itu ketika berucap dalam cerrtamah perdana di sini.

Turut berucap adalah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Exco Kelantan, Datuk Husam Musa di majlis ceramah perdana sempena Kongres PKR keenam yang diadakan di sini.

Sebelum ini, Lim Guan Eng pernah dibicarakan dan dijatuhkan hukuman penjara kerana mempertahankan seorang gadis Melayu yang dirogol oleh seorang ketua menteri.

Ekoran kelulusan lesen judi bola sepak Piala Dunia 2010 oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak kepada Kumpulan Berjaya, Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengarah pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri itu tidak mengeluarkan lesen premis untuk judi itu beroperasi.

"Sukan tetap sukan, ia tidak boleh dirosakkan dengan elemen judi. Judi akan jatuhkan kualiti sukan kita. Saya sedia ke mahkamah sekali lagi untuk mempertahankan perkara ini," tegas beliau.

Guan Eng turut mengimbau kembali kegemilangan bola sepak di negara ini semasa Mokhtar dahari bergabung dengan Soih Chin Aun dan Santokh Singh.

"Ketika itu, kita pernah menewaskan Korea Selatan. Sekarang di mana Korea Selatan? Mereka sudah ke separuh akhir piala dunia. Sekarang negara kita di tempat ke 142 di dunia. Kalau judi bola ini kita benarkan, ke mana mutu bola sepak kita selepas ini?" kata Guan Eng.(harakahdaily)

Read more...

ADU N CHANGKAT JONG MENZIARAHI EMAJA MENINGGAL DUNIA

Sabtu, 29 Mei 2010


(YB Hj. Anuar serta orang ramai menunggu ketibaan van jenazah.)

TELUK INTAN, 29 Mei - Pagi tadi ADUN Kawasan Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin dan isteri telah menziarahi kematian seorang remaja di Taman Intan Mas dekat sini. Remaja tersebut ialah Mohd. Firdaus bin Khosni telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Allahyarham merupakan seorang pelajar tingkatan lima di SMK Seri Perak Teluk Intan.

Taman Intan Mas merupakan taman perumahan yang terletak di dalam PAS Cawangan Rumah Awam di mana YB Hj. Anuar sendiri adalah ketua cawangannya.

Mengulas akan kemalangan tersebut, ADUN Changkat Jong amat prihatin serta memandang serius akan peningkatan jumlah kemalangan jalan raya yang melibatkan remaja. Beliau menyatakan, iktibar daripada peristiwa tersebut ialah setiap yang bernyawa akan merasai mati.

"Maut tidak memilih umur. Orang tua akan mati. Orang muda dan kanak-kanakpun akan mati. Apa yang penting ialah setiap umat Islam mesti sentiasa berada dalam keadaan bersiap sedia untuk menghadapi mati dengan mengerjakan segala suruhan Allah dan menjauhi sehala laranganNya, " tambah beliau.

"Dalam masa yang sama, segala peraturan dunia yang tidak bercanggah dengan Islam seperti pemakaian topi keledar hendaklah dipatuhi".

Sehubungan dengan itu, beliau menasihati para remaja agar sentiasa berhati-hati ketika menunggang motosikal serta sentiasa mematuhi peraturan jalan raya.


YB Hj. Anuar bersama orang ramai menyambut jenazah.


YB bersama tetamu yang hadir.

Read more...

AL FATIHAH... KETUA PAS CAWANGAN KG. BAHAGIA, TELUK INTAN MENINGGAL DUNIA



TELUK INTAN, 29 Mei - Ketua PAS Cawangan Kg. Bahagia, Ustaz Haji Shamsuddin bin Tamyis , 85, telah meninggal dunia petang tadi di Hospital Ipoh. Sebelum itu, beliau telah dimasukkan ke Hospital Ipoh pagi tadi oleh anaknya setelah mengadu sakit dada. Sehinggalah petang tadi, apabila beliau pergi ke bilik air lalu telah tergelincir dan meninggal dunia.

Almarhum Ustaz Shamsuddin merupakan mantan Yang Di Pertua PAS Teluk pada awal tahun 80-an. Pernah bertanding di peringkat Parlimen Teluk Intan pada Pilihanraya Umum 1982 tetapi belum diberi kemenangan walaupun menurut beliau semasa penamaan calun, calun BN/Gerakan tidak menulis nama pada borang.

Pada Mesyuarat Agung PAS Teluk Intan tahun lepas (2009), almarhum merupakan salah seorang veteran PAS yang telah menerima penganugerahan Jasamu Dikenang.

Sepanjang hayat almarhum Ustaz Shamsuddin sangat bergiat di dalam aktiviti parti dan juga dakwah. Beliau merupakan Ketua PAS Cawangan Kg. Bahagia (antara cawangan PAS yang mempunyai bilangan ahli teramai di Teluk Intan) dan masih menyampaikan pengajian di beberapa surau di sekitar Teluk Intan.

Pihak PAS Kawasan pernah menziarahi beliau dalam usaha menjejaki mantan-mantan YDP PAS Teluk Intan pada tahun 2008.

Pihak PAS Kawasan Teluk Intan , ADUN Changkat Jong dan seluruh ahli PAS mengucapkan takziah kepada keluarga almarhum ustaz. Sesungguhnya pemergian almarhum Ustaz Haji Shamsuddin merupakan satu kehilangan yang amat besar bagi PAS Kawasan Teluk Intan.

Al Fatihah...

Read more...

ULAMA BERGANDING BAHU DENGAN UMARAK JUDI



"Mufti Harussani kata judi itu haram di dalam Islam. Itulah ulasannya bila ditanya tentang kelulusan judi bolasepak. Kalau setakat berkata judi haram di dalam Islam, budak budak tadikapun tahu judi itu haram. Apek tanam sayur kat Cameron Highlandpun tahu. India yang beragama hindupun tahu Islam melarang judi. Jadi apa bezanya mufti dengan mereka? Sedangkan mufti ini jugalah yang cuba menyeru dan berceramah tentang taat kepada ulil amri. Malah ada setengahnya menghukumkan haram jika tidak taat ulil amri, seperti yang diucapkan oleh Dr Uthman El Muhammady.

Kalau kita hendak menunggu mereka menghukumkan halal sesuatu yang haram tentulah agak sukar. Tetapi mereka akan sentiasa memutarbelit kata kata. Itulah gambarannya ulama dunia. Mereka menilai kehidupan dunia lebih bernilai dari ketaatan kepada hukum Allah. Sedangkan tugas mereka adalah membentuk sebuah negara menjadi negara yang direstui oleh Allah s.w.t. Mereka lupa pesan Rasullullah s.a.w supaya menegakkan hukum sehingga sanggup menggadaikan nyawa sendiri. Seperti sabda junjungan kita Rasullullah s.a.w dalam hadis yang diriwayatkan oleh al hakim:

Penghulu syuhada adalah Hamzah bin Abdul Muthallib dan lelaki yang berkata dihadapan seorang penguasa yang zalim, lalu dia memerintahkannya (pada kemakrufan) dan melarangnya (terhadap kemungkaran), kemudian penguasa itu membunuhnya.

Jadi bolehkah kita merumuskan ada seorang mufti di negara kita yang ingin menjadi penghulu syuhada? Yang sanggup menggadai nyawa menegakkan hukum di depan penguasa yang zalim?

Rasulullah pernah ditanya oleh seorang sahabat, "apakah amal perbuatan yang paling utama?" Baginda menjawab, "Teman yang menolong kamu apabila kamu susah dan mengingatkan kamu jika kamu melakukan kesalahan." Sahabat berkenaan bertanya lagi, "manusia yang bagaimana yang paling buruk?" baginda menjawab, "ulama yang selalu membuat kerosakan."(Hadis Riwayat Jamaah).

Allah s.w.t mencemuh dan murka kepada mereka yang memiliki ilmu(alim ulama) tetapi percakapan dan tindakan mereka tidak seiring dengan pengetahuannya. Allah berfirman (al Shaff ayat 2-3)yang bermaksud:

"Wahai orang orang yang beriman, mengapa kamu mengucapkan hal hal yang tidak(akan) kamu kerjakan? Sangat besar kebencian di sisi Allah apabila kamu mengucapkan hal hal yang tidak kamu lakukan"

Dalam Hadis yang diriwayatkan oleh Dailami, Rasullulah s.a.w bersabda";
Seorang ulama yang menggunakan ilmunya untuk mencari keredhaan Allah, maka segala sesuatu akan tunduk dan kagum kepadanya. Tetapi jika dia menggunakan ilmunya hanya untuk mendapatkan harta dunia, maka hilanglah sesuatu daripadanya."

Kecaman tegas di dalam al-Quran terhadap golongan ulamak dunia dapat difahami dalam Surah Al-A’raf ayat 175 dan 176, di mana firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Allah telah mengumpamakan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat yang diturunkan kepada rasul-Nya,dan berkata, “Wahai Nabi, bacakanlah kepada kaummu kisah tentang seorang lelaki daripada Bani Israil yang mengetahui ayat-ayat yang Kami turunkan kepada rasul-rasul, tetapi kemudian ia tidak mempedulikannya. Syaitan pun lalu mengikuti jalannya hingga mampu menggodanya. Maka ia pun termasuk kelompok orang-orang yang sesat. Jika kami menghendaki untuk mengangkat darjatnya ke golongan orang baik, nescaya Kami lakukan dengan memberinya petunjuk untuk mengamalkan ayat-ayat yang Kami turunkan. Akan tetapi dia lebih memilih tersungkur di bumi dan tidak mengangkat derajatnya ke langit. Dia selalu mengikut hawa nafsunya yang rendah. Keadaannya yang selalu berada dalam gundah gulana dan sibuk mengejar hawa nafsu duniawi seperti anjing yang selalu menjulurkan lidah, baik ketika dihalau mahupun tidak, selalu tergila-gila dengan kesenangan dan hawa nafsu duniawi. Sesungguhnya ini merupakan perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat yang kami turunkan. Maka, ceritakanlah, wahai Nabi, kisah ini kepada kaummu, agar mereka berfikir dan beriman.”

Mufti Harussani atau mufti yang mana sekalipun tidak pernah mengajak umat Islam menyokong judi. Dia memang mengharamkan judi bila masa ditanya tentang hukum judi tetapi pada masa yang lain dia menyeru kita menyokong dan taat terhadap pemerintah yang menghalalkan judi. Maka ini semua memberi maksud yang sama iaitu menyokong dan bersekongkol dengan pemerintah yang menghalalkan judi. Ulamak yang menyeru taat ulil amri, yang berganding bahu dengan umarak yang menghalalkan judi. Hari Isnin mereka menyebut tentang haramnya judi tetapi hari selasa mereka menyebut tentang perlunya taat kepada ulil amri.

Ringkasnya mereka juga menghalalkan judi.

Read more...

PHILIP MORRIS KECEWA KERAJAAN TANGGUH HARAM JUAL ROKOK 14 BATANG



PETALING JAYA: Philip Morris (Malaysia) Sdn Bhd (PPM), sebuah syarikat pengeluar rokok hari ini kecewa dengan tindakan Kementerian Kesihatan gagal menguatkuasakan pengharaman penjualan rokok 14 batang atas alasan memerlukan lebih banyak masa untuk membuat kajian mengenai kesannya.

Pengarah Urusan PPM, Richard Morgan dalam satu kenyataan berkata, demi mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan, pihaknya telah menghentikan semua pengeluaran rokok sebanyak 14 batang.

Sehubungan itu, beliau kerajaan mengekalkan cadangan untuk memansuhkan penjualan rokok 14 batang di pasaran dan membenarkan hanya rokok 20 batang dijual kepada orang awam.

"Kerajaan telah berulang kali menekankan strategi untuk menghentikan pengeluaran rokok sebanyak 14 batang adalah untuk mengelakkan remaja merokok.

"Kami memahami strategi itu dan telah membuat pengubahsuaian terhadap strategi perniagaan kami serta menghentikan pengeluaran rokok 14 batang di pasaran. Ini bukan sahaja akan memburukkan perniagaan kami, malah akan menyebabkan pelabur asing hilang kepercayaan terhadap syarikat rokok di Malaysia," katanya di sini.

Semalam, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, tarikh penguatkuasaan itu tidak dapat dilaksanakan kerana bimbang pengharaman penjualan rokok 14 batang akan menyebabkan lebih banyak lambakan rokok haram di negara ini.

Kata beliau, pengecualian untuk penjualan rokok 14 batang sememangnya diberikan sehingga satu tarikh yang belum diputuskan pada 2010, namun kementerian sebelum ini membuat cadangan untuk mempercepatkannya kepada Jun ini.

Bagaimanapun jelasnya, memandangkan lebih banyak data diperlukan tentang kesannya, Kabinet semalam memutuskan supaya ia tidak dipercepatkan.

Beliau berkata, satu kenyataan juga akan dikeluarkan secepat mungkin mengenai perkara itu.

Sebelum ini, Tiong Lai pernah menyatakan bahawa penjualan rokok 14 batang akan diharamkan bagi mengehadkan kebolehcapaian awam terhadap rokok terutama di kalangan remaja dan hanya membenarkan penjualan rokok 20 batang yang harganya lebih mahal.

Read more...

BN JADI BENGONG BILA PAS TAHALUF DENGAN DAP

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata parti itu telah membuat kajian ketika menyertai BN sebelum ini dengan mengambil kira tindakan Nabi Muhammad SAW dalam membuat perjanjian dengan penduduk Yahudi Madinah.

Kontrak yang dikenali dengan nama Perjanjian Hudaibiah itu "lebih teruk kerana Nabi banyak beralah," kata menteri besar Kelantan itu ketika menyampaikan amanat di kongres Angkatan Muda Keadilan di Kota Bharu hari ini.

Namun, demi menjaga keselamatan, baginda tetap menyetujui perjanjian bertulis tersebut, kata Nik Abdul Aziz lagi.

"Kita berkongsi dulu dengan BN, (kita) dapat tubuh kerajaan. Dengan (Semangat) 46 dulu pun dapat buat kerajaan dan sekarang dalam Pakatan pun dapat buat kerajaan.

"Oleh itu gangguan yang dibuat oleh Melayu Umno terhadap PAS tentang unity government memang ada asas.

"Tapi BN jadi bengong bila kita tahaluf dengan DAP... Sedangkan DAP pun Cina, MCA pun Cina," katanya lagi.

Dalam ucapan ringkas selama kira-kira lima minit itu, beliau turut mengambil peluang mengkritik BN kerana sering menggunakan undang-undang ISA dalam memenangi persaingan politik.

"Tapi jangan marah, jangan guna ISA. Guna ISA ini tanda orang mati akal," katanya lagi.(malaysiakini)

Read more...

INI KLINIK RAKYAT KE ATAU KLINIK UMNO...?

Jumaat, 28 Mei 2010


Orang UMNO memang dari dulu tak reti beza antara parti dan kerajaan. Hak parti hak depa, hak kerajaanpun hak depa. Inilah yang terjadi pada sebuah klinik di Terengganu. Sekali imbas seperti Bangunan Pejabat UMNO. Rupa-rupanya sebuah klinik desa.

Read more...

SPR 'KABUR' PERBEZAAN JANJI PILIHAN RAYA DAN RASUAH (bangang punya kenyataan)

Rabu, 26 Mei 2010



(SUDAH 12 KALI PILIHAN RAYA UMUM DAN BERPULUH-PULUH KALI PILIHAN RAYA KECIL, SPR MASIH KABUR BEZA JANJI PILIHAN RAYA DAN RASUAH...?)

Suruhanjaya dapatkan penjelasan terkini Jabatan Peguam Negara


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengakui masih ‘kabur’ dalam membezakan antara pengagihan peruntukan pembangunan atau janji untuk pembangunan dengan perlakuan rasuah sepanjang kempen pilihan raya dan memberi jaminan mengkaji perkara itu dalam masa terdekat.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata sebagai badan pengendali pilihan raya yang bertanggungjawab, pihaknya akan berbincang dan mendapatkan pandangan Jabatan Peguam Negara berhubung perkara itu dalam masa terdekat.

“Berikutan itu, SPR berpendapat adalah penting untuk mendapatkan penjelasan terperinci berhubung perkara itu yang mempunyai kaitan langsung dengan Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 supaya SPR dapat menjawab sebarang persoalan yang dikemukakan dengan lebih tersusun tanpa sebarang keraguan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Baru-baru ini, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abu Kasim Mohamed, berkata suruhanjaya itu sudah membuka kertas siasatan berhubung beberapa aduan berkaitan rasuah yang diterima sepanjang berlangsungnya pilihan raya kecil Hulu Selangor dan Sibu baru-baru ini.

Abu Kasim berkata, pihaknya ada menerima aduan berhubung perkara itu dan kini sedang menjalankan siasatan mengenainya.

Wan Ahmad berkata, selama ini kes yang dirujuk membabitkan pilihan raya kecil Pengkalan Kota, Pulau Pinang pada 1981 apabila Tengku Razaleigh Hamzah menjadi Menteri Kewangan di mana mahkamah memutuskan janji yang dibuat tidak ditafsir sebagai rasuah tetapi atas kapasiti sebagai menteri yang tugasnya menyediakan peruntukan pembangunan.

“Walaupun kes berkenaan boleh diguna pakai untuk SPR berhujah dan menjelaskan kepada sesiapa saja, tetapi kerana perubahan zaman adalah wajar untuk SPR dapatkan penjelasan terkini daripada Jabatan Peguam Negara, mungkin juga perlu diubah beberapa perkataan yang terkandung dalam peruntukan terbabit supaya SPR, parti politik dan pengundi lebih jelas,” katanya.

Beliau berkata, terpulang kepada Jabatan Peguam Negara untuk memberi nasihat dan menjelaskan kekeliruan yang berbangkit berkaitan perkataan dalam akta berkenaan kerana keadaan sudah banyak berubah.

“SPR perlu lebih jelas dan tidak salah untuk bertanya lebih lanjut kerana seboleh-bolehnya SPR mahu mengelak berlakunya sebarang perselisihan faham dengan parti politik,” katanya.

Katanya, SPR juga mahu memahami dengan jelas setakat mana kuasa Menteri Kewangan serta berkaitan janji untuk mengagihkan peruntukan pembangunan kepada sesuatu tempatan sama ada ia boleh dianggap sebagai memancing undi atau sebaliknya.

Read more...

PEMUDA PAS PUSAT EDAR RISALAH JUDI ESOK DI SELURUH NEGARA

Selasa, 25 Mei 2010


Mulai esok, Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) akan menempatkan anggotanya di depan premis judi di seluruh negara untuk mengedarkan risalah membantah judi bola kepada para pengunjungnya. Ketuanya, Nasarudin Hassan berkata, mereka akan ditugaskan mengedar risalah itu sehinggalah lesen judi bola dibatalkan. Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, anggota DPPP akan melakukan tugas itu secara bergilir-gilir mengikut sifnya. Pemuda PAS juga, katanya, menjemput semua insan yang prihatin yang anti-judi, termasuk bukan Islam, untuk membantu mengedarkan risalah tersebut.

Katanya, ini kerana judi diharamkan oleh semua agama.



Menurutnya lagi, risalah tersebut akan diedarkan sepanjang waktu operasi premis terbabit, serta bergantung kepada kemampuan sif petugas.



Pemberian lesen judi bola sepak baru-baru ini mendapat tentangan hebat daripada Pakatan Rakyat serta masyarakat Islam dan bukan Islam. Nasruddin sebelum ini telah mengarahkan dewan Pemuda PAS negeri mengadakan demontrasi membantah pemberian lesen judi itu. Jumaat lalu, demontasi membantah lesen judi itu diadakan serentak oleh lima negeri - Selangor, Perak, Pulau Pinang, Terengganu dan Negeri Sembilan. Manakala Jumaat ini, demonstrasi bantahan yang sama akan diadakan di Kedah, Perlis, Kelantan, Pahang dan Selangor.

Read more...

1MALAYSIA NO. 1 DALAM DUNIA JUDI RUPANYA....

Isnin, 24 Mei 2010


Syarikat Perjudian Malaysia berjaya mengalahkan kelab perjudian terbesar dunia hatta di Las Vegas, USA. Sedarilah tiada satu agama di dunia ini yang menghalalkan judi untuk penganutnya. Hanya penjahat dan penyagak sahaja yang merestuinya. Bilakah akan tersedar? Mungkin sedikit masa lagi, akan kelihatan dua syarikat Malaysia dalam list tersebut, hasil lesen judi bola Piala Dunia. – Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

Top-10 casinos by number of employees

Casino de Genting is just part of the resort that calls itself the “City of Entertainment” and apparently the price for living up to that name is the employment of 13,000 workers.

This striking property features much more than gambling. Located 6,000 feet above sea level, Casino de Genting is home to 29 restaurants as well as a theme park that includes a Ripley’s Believe It or Not! Museum, a wind-turbine sky diving simulator, a hand-gliding roller coaster and a Rain Forest Splash Pool. There is also a Cineplex, bowling alley and a championship golf course on site.

Six hotels with more than 6,000 rooms also make Casino de Genting the casino with the most guest rooms in the world.

As for the gaming experience, the 200,000 square feet of casino space is filled with electronic table games, slots machine as well as table games such as roulette, Pai Gow, Baccarat and blackjack. There’s also the themed outlet called @Latté that offers cutting edge slot machines all while brewing up some of the finest coffee in Asia.

The two mega-casinos that call Connecticut home are the next two properties on our list. Foxwoods currently employs 10,220 people, but that number will swell to close to the 13,000 mark this spring when the MGM Foxwoods opens on May 17.

The first Las Vegas location on the list is Bellagio, the Steve Wynn-creation that is best known for the artificial lake that was built between the building and the Strip. Bellagio is one of four Las Vegas properties to make this list along with the MGM Grand, Mandalay Bay and Caesar’s Palace.

Top-10 largest casinos by number of employees

1.) Casino de Genting (Malaysia) – 13,000
2.) Foxwoods Resort Casino (Connecticut) – 10,220
3.) Mohegan Sun Casino (Connecticut) – 10,000
4.) Bellagio (Las Vegas) – 9,700
5.) MGM Grand (Las Vegas) – 9,000
T-6.) Mandalay Bay (Las Vegas) – 8,000
T-6.) Sands Macao (China) – 8,000
8.) Caesar’s Palace (Las Vegas) – 7,500
9.) Borgata (Atlantic City) – 7,000
10.) Atlantis Resort and Casino (Bahamas) – 6,500

Source: Casino City

Read more...

DHPP UBAH PANDANGAN SERONG BUKAN ISLAM TERHADAP ISLAM


KLANG, 24 Mei: Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS, Hu Pang Chaw mengakui penubuhan Kelab Penyokong PAS (KPP) yang kini sudah dinaik taraf kepada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) banyak mengubah sikap dan pandangan bukan Islam terhadap Islam.

Beliau yang merupakan antara tulang belakang KPP yang ditubuhkan sejak 2004 berkata, penubuhan tersebut merupakan titik tolak kepada pencerahan pemikiran orang bukan Islam yang sering dimomokkan dengan pandangan serong terhadap Islam dan PAS itu sendiri.

"Penubuhan Kelab Penyokong PAS pada tahun 2004 yang lalu , saya lihat banyak perubahan sikap di kalangan masyarakat bukan Islam PAS.

"Usaha-usaha yang dilakukan oleh PAS untuk menyatukan masyarakat bukan Islam nampaknya sudah nmendatangkan hasil," katanya sewaktu berucap di majlis pelancaran DHPP, di sini, semalam.

Sambil merakamkan ucapan terima kasih kepada PAS khususnya Lajnah Perpaduan Nasional di bawah Dr. Mujahid Yusuf Rawa, beliau juga meletakkan harapan agar PAS terus melaksanakan penyatuan kaum yang tidak dapat dilakukan oleh Barisan Nasional selama ini.

"Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pimpinan PAS yang meluluskan penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS ini dan kita harap apa yang tidak dapat dilakukan oleh Barisan Nasionl, dapat dilakukan olah PAS.

Tegasnya, beliau akan memastikan DHPP dapat mencapai misi dan visi untuk mewujudkan negara Malaysia yang aman damai dengan penyatuan semua kaum.

"Kita dalam DHPP mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah syurga, kita dapat hidup dengan aman dan harmoni. Marilah kita sama-sama merealisasikan usaha ini.

Pang Chaw juga berkata, beliau menghormati prinsip Islam yang tidak pernah menghalang sesiapa sahaja untuk melakukan kebaikan.

"Dalam Islam tidak pernah menghalang kita untuk buat kerja baik," katanya.

Nada yang sama turut disuarakan timbalannya, N. Balasubramaniam yang turut berucap di majlis tersebut.

"Saya sudah lama menanti kelab penyokong ini dinaik taraf kepada dewan dan hari ini impian kita sudah menjadi kenyataan. Kita sudah berada di sini sebagai ahli dewan.

"Saya mengucapakan terima kasih kepada Presiden PAS dan pimpinan tertinggi yang lain kerana menaik taraf kelab ini kepada dewan himpunan penyokong PAS, " katanya.

Pada majlis berkenaan, ahli DHPP turut melafazkan ikrar taat setia kepada PAS dengan diketuai oleh ketua pemuda DHPP, Balendran.

Ikrar berkenaan mengandungi lima perkara iaitu:

Pertama, menjunjung dasar parti dan mentaati prinsip perjuangannya.

Kedua, menghormati keputusan-keputusan kepimpinan parti dan kepimpinan dewan.

Ketiga, melaksanakan maksud perpauan dalam parti dan dalam negara ini.

Keempat, menghormati segala peraturan dan peraturan dewan sebagai panduan.

Dan kelima, memastikan ahli dewan menjaga nama baik PAS dan perjuangannya.(harakahdaily)

Read more...

KRISTIAN TOLAK PAS : SINAR HARIAN MINTA MAAF KEPADA PAS

Harakahdaily
IPOH, 24 Mei: Akhbar Sinar Harian hari ini menyiarkan semuka penuh permohonan maaf kepada PAS Perak ekoran laporan mereka 'Kristian tolak PAS' sebelum ini.

Permohonan maaf itu dibuat selepas mendapat bantahan dan peringatan daripada PAS Perak melalui kenyataan bertulis yang dibuat oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Dr. Haji Khairuddin bin Datuk Abd Malik.

Selain permohonan maaf, Sinar Harian juga menyiarkan kenyataan rasmi daripada Dr. Khairuddin di muka surat yang sama.


Sebelum ini, Sinar Harian dalam laporan akhbarnya edisi Perak telah memutar belit kenyataan paderi, konon Kristian menolak PAS.

Padahal kenyataan itu bukannya dari paderi tetapi telah diputar belitkan oleh pihak media berkenaan dengan niat untuk mengelirukan orang ramai.

Ulasan itu telah dibuat Sinar Harian berdasarkan satu pertemuan paderi dari seluruh gereja di Daerah Kinta dengan pihak PAS Perak baru-baru ini.

Sebelum ini, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin menafikan apa yang dilaporkan oleh Sinar Harian dan merasa sangat kesal dengan laporan yang mempunyai unsur fitnah, pembohongan dan perlu diperbetulkan segera oleh pihak yang terbabit.

“Sinar Harian perlu membuat pembetulan secara terbuka dalam akhbarnya atau mengadapi tindakan mahkamah,” katanya.

Beliau diminta mengulas laporan halaman hadapan Sinar Harian Edisi Perak bertarikh 20 Mei lalu yang menimbulkan kekeliruan banyak pihak.

"Saya rasa semua pihak yang hadir dalam Dialog Pimpinan PAS Perak dengan paderi dari seluruh gereja di seluruh Daerah Kinta dapat memahami dengan jelas apa yang diucapkan oleh pihak PAS dan pihak paderi," jelasnya.

Tegasnya lagi, tidak ada satu pun ucapan dari mana-mana pihak yang boleh dikaitkan dengan tajuk 'Kristian Tolak PAS' seperti yang disiarkan Sinar Harian.

“Cuma apa yang disebutkan kalau program tersebut dianjurkan tiga tahun lepas mereka pasti tidak akan hadir. Tajuk Sinar Harian jelas mengelirukan dan fitnah yang perlu diperbetulkan segera," ujarnya.

Seorang lagi Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Dr. Khairuddin Datuk Abd. Malik yang menjadi moderator dalam dialog itu turut melahirkan kekesalan kerana fakta yang tidak tepat dan cara pemberitaan yang tidak profesional oleh Sinar Harian.

"Laporan oleh Sinar Harian adalah tersasar daripada hakikat sebenar pertemuan yang berlaku dan tidak ada kenyataan seperti itu yang dilafazkan oleh Datuk Seri Nizar semasa sesi dialog dan sidang media selepas itu," tegasnya.

Beliau yang ditugaskan sebagai moderator dialog juga menegaskan bahawa tidak ada pimpinan gereja yang hadir mengucapkan dan menyatakan sokong atau tolak PAS.

Menurut beliau, mereka rasa berbesar hati dan menyanjung keterbukaan PAS untuk bersemuka dengan mereka.

Read more...

HIZBUT TAHRIR DAN POLITIK KEPARTIAN DI MALAYSIA

Ahad, 23 Mei 2010



Di banyak masjid di Lembah Klang, selepas sembahyang Jumaat, akan adfa yang menyebarkan risalah daripafda kumpulan yang bernama Hizbut Tahrir atau Parti Tahrir. Ada perkahabaran bahawa usaha untuk mendaftarkan parti ini tidak diizinkan oleh Pendaftar Pertubuhan kerana terdapat isu berhubung dengan perlembagaan.

Parti ini menurut laman webnya ditubuhkan di Malaysia pada lewat tahun 1990-an dan matlamatnya jelas iaitu untuk menegakkan sistem khalifah di muka bumi ini. Atau dalam erti kata lain, parti ini seperti mana-mana parti Islam, kumpulan dan gerakan Islam tentunya mempunyai matlamat menegakkan negara Islam. Tetapi mengapakah pendokong-pendokongnya tidak bergabung saja dalam PAS, yang perjuangan Islam adalah jelas.



Tidak sukar untuk mencari jawapannya. Mereka dan terdapat kalangan yang tidak menerima bahawa perjuangan Islam PAS masih tulen. Lebih-lebih lagi ketika mana PAS bersekutui dengan Parti Keadilan Rakyat dan DAP dalam Pakatan Rakyat. Tentu sukar bagi PAS untuk melaksanakan perjuangan Islam dalam sistem kerajaan campuran, jikapun Pakatan Rakyat menang.

Kalau dilihat ketika pertembungan pemahaman politik kepartian dalam PAS sendiri, iaitu antara apa yang dinamakan sebagai UG dan Erdogan, kedua-duanya masih berbentuk bekerjasama dengan pihak lain yang tidak memperjuangkan negara Islam. Gagasan UG ialah kerjasama PAS dengan Umno, sementara Erdogan adalah PAS dengan Keadilan. Maka jika dilihat bahawa sejak tahun 1990, PAS sudah menerima suatu kerajsama dengan Keadilan dan DAP dalam kerangka perjuangannya. Dana dalam tahun itu jugalah Hizbut Tahrir ditubuhkan di Malaysia.

Namun begitu, jika dilihat lebih awal, konsep kerjasama dengan parti lain sudah ada sejak PAS ditubuhkan pada tahun 1955. Memanglah asalnya PAS ditubuhkan melalui Biro Agama Umno ekoran masalah politik dalaman Umno apabila badan itu menyebelahi Datuk Onn.

Bagaimanapun, apabila PAS ditubuhkan dan menjemput Dr Burhanduddin Al-Helmy sebagai ketua, maka parti itu dengans endiri menjadi pewaris kepada parti islam sebelumnya iaitu Hizbul Muslimin, yang pernah bergabung di bawah Pusat Tenaga Rakyat (Putera) pimpinan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM).

Maka dalam pilihan raya pertama Malaya merdeka 1959, PAS bekerjasama dengan Parti Negara pimpinan Datuk Onn. APabila Perikatan Umno-MCA-MIC, PAS muncul bukan saja sebagai parti Islam tetapi juga parti nasionalis Melayu. Ia mewarisi perjuangan PKMM, Umno awal yang ditubuhkan oleh Datuk Onn dan juga Parti Negara itu sendiri.

Perpecahan pertama PAS berlaku apabila parti itu bersekutu dengan Umno dalam kerajaan camopuran yang akhirnya menjadi Barisan Nasional pada tahun 1974. Ada ahli tidak bersetuju dengan kemasukan PAS ke dalam gabungan itu. Tetapi parti yang ditubuhkan oleh bekas ahli PAS iaitu Kesatuan Insaf Tanah Air (KITA) dipimpin oleh Hashim Gera di Perak. Tetapi banyak ahli yang tidak bersetuju berada di Kelantan, tetapi mereka tidaklah sampai menubuhkan parti.

Sebaliknya bila PAS keluar daripada Barisan Nasional, ahli-ahli PAS yang tidak bersetuju itu pula yang menubuhkan parti baru, Barisan Jemaah Islamiah Semalaysia (Berjasa). Parti ini menggantikan tempat Pas dalam Barisan Nasional. Imej PAS ketika itu sudah luntur. Anak muda Islamik lebih suka bergabung dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Sementara di luar negara, anak-anak Malaysia menubuhkan Islamic Representative Council (IRC) dan Suara Islam. Mereka yang menolak proses politik demokrasi memilih cara lain seperti melalui Al-Arqam dan Jemaah Tabligh.

Sekembalinya ke Malysia, Suara Islam pimpinan Khalid Samad menubuhkan Parti Negara Islam Malaysia (PNIM) tetapi pendaftarannya ditolak kerana ada masalah dengan perlembagaan negara.. Wakil-wakilnya sempat bertanding sebagai calon bebas dalam pilihan raya tahun 1982.

Akhirnya sejarah menyaksikan PAS di bawah kepimpinan ulama. Maka banyak pendokong-pendokong negara Islam kembali menyokong PAS. Tetapi golongan lama PAS yang mendokong Datuk Asri pula enggan berada dalam PAS yang diperbaharui ini. Mereka keluar dan menubuhkan Hizbul Muslimin Malaysia (Hamim)..

Pada mulanya kedua-dua parti serpihan PAS ini, Berjasa dan Hamim berada dalam Barisan Nasional. Tetapi apabila Umno berpecah dua, menajdi Umno Baru dan Parti Semangat 46, Berjasa dan Hamim kembali menjadi sekutu Pas dengan memihak kepada Semangat 46 melalui Angkatan Perpaduan Ummah. Penglibatan dalam pilihan raya pada tahun 1990 membawa kepasda kemenangan PAS di Kelantan. Pada tahun yang sama tanpa disedari oleh banyak pihak, Hizbut Tahrir ditubuihkan di Malaysia.

Apabila Barisan Alternatif dilancarkan pada tahun 1999, boleh dikatakan para pendokong gerakan Islam bergabung ke dalamnya, baik melalui PAS mahupun Parti Keadilan Nasional yang turut menampung pebndokong yang asalnya dari ABIM dan IRC atau Jemaah Islah Malaysia (JIM).



Pilihan raya tahun 1999 menyaksikan PAS melalui Barisan alternative itu memanangi negeri Terengganu. Kejayaan PAS ini mengendurkan kritikan para pendokong gerakan Islam terhadap kebijakan pimpinan PAS bergabung dengan para pendokong Anwar Ibrahim. Sebelum ini, kebijakan pimpinan PAS bergabung dengan Tengku Razaleigh telah membawa kemenangan parti itu di Kelantan.

Tetapi masuk ke tahun 2000, terdedah bahawa sejak 10 tahun lalu sedang berlaku satru gerakan yang berjuang atas nama Islam tetapi menggunakan pendekatan berbahaya dan mengancam keselamatan. Al-Arqam telahpun diharamkan, bukan kerana keganasannya tetapi akidahnya. Namun begitu tanpa disedari oleh banyak pihak, rupanya terrdapat kumpulan-kumpulan seperti Kumpulan Mujahidin Malaysia yang kemudian dikenbalis sebagai Kumpulan Militan Malaysia, Al-Maunah dan Jemaah Islamiah (JI). Kumpulan-kumpulan ini bukan saja berbahaya tetapi mencemar nama baik gerakan Islam itu sedniri.

Seleaps pilihan raya 2008 pula, terdapat kumpulan yang dikatakan tidak puas hjati dengan PAS. Dengan nama Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM), ia bertanding pilihanraya kecil Permatang Pauh menentang Pakatan Rakyat. Tetapui dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor, ia memihak kepada Pakatan Rakyat.

Walau apapun kelemahan PAS, tetapi ia merupakan jemaah yang memperjkuangkan Islam dan kepimpinannya memegang amanah terhadap perjuangan ini. Adalah lebih baik bagi semua pendokong gerakan Islam bergabung dalam satu jemaah politik iaitu PAS.

Oleh Abu Firdaus (detikdaily)

Read more...

KEDAH KUKUH, UMNO/BN TERSELIUH...!



Dakwaan kononnya kerajaan negeri Kedah bakal tumbang apabila beberapa ADUN Pakatan Rakyat, khususny daripada PKR akan berpaling tadah, ternyata meleset.

Malam semalam pada perhimpunan yang dianjurkan oleh PAS di Kota Sarang Semut, keempat-empat ADUN yang dikaitkan akan meninggalkan Pakatan mengulangi ikrar mereka akan tetap dengan perjuangan parti masing-masing setidak-tidaknya sehingga pilihan raya umum akan datang.



Sebelum ini, ada pihak meramalkan mereka tidak akan menghadiri majlis ini.



Keempat-keempat mereka adalah ADUN S.Manikumar (Bukit Selambau), Lim Soo Nee (Kulim), Tan Show Kang (Sidam) dan Lee Guan Aik (Kota Darul Aman) diberi masa 15 minit untuk menerangkan pendirian mereka.



Semua mereka melahirkan rasa “tertekan” kerana menerima jumlah panggilan telefon yang tidak berhenti-henti daripada wartawan, penyokong, sahabat dan juga ahli parti untuk mengetaui sama ada dewan undangan negeri Kedah akan dibubarkan.





Sehubungan dengan itu, mereka berkata selepas penjelasan yang diberikan, mereka tidak akan melayan sebarang soalan lagi berhubung perkara berkenaan.



“ “Sorry-lah … jika ada media yang telefon dan tanya sama ada saya akan lompat , saya akan letak telefon,” kata Tan yang diberi peluang pertama menyatakan pendiriannya.



“Jika anda tanya benda yang sama berulang kali, orang tak mahu dengar-lah, sama seperti pecah rekod, berapa kali perlu saya cakap yang saya tak akan lompat?” katanya.



Manikumar pula yang bercakap dengan fasih dalam bahasa Melayu berkata kenyataannya sering-kali diputar oleh media bagi memperlihatkan kononnya beliau tidak berpuas hati dengan PKR dan pucuk pimpinan kerajaan negeri Kedah.



“Bila saya ditanya sama ada saya akan lompat, saya kata jika ia berlaku, perkara berkenaan perlu dianalisis dengan teliti, ia mungkin masalah ADUN itu sendiri, masalah dengan pemimpin atau kerajaan negeri, tetapi kata-kata saya diputar,” katanya.



“Saya bukan gila publisiti, saya selalu bincang dalam keadan tertutup, kita mesti bertolak ansur kerana rakyat menyokong saya semasa pilihan raya supaya saya menjadi wakil mereka, tetapi media ingin menjual suarat khabar, jadi Manikumar ingin letak jawatan dijadikan berita,” katanya.



Bagi ADUN Kulim (PKR) Lim Soo Nee, yang didakwa berpotensi paling tinggi akan melompat menceritakan dia dikejutkan dengan panggilan telefon oleh wartawan pada jam 1 pagi semata-mata untuk mengesahkan sama ada dia telah meninggalkan PKR.



“Ini gila, saya telah berkali-kali menjelaskannya tetapi wartawan terus bertanya dan saya tidak akan melayan mereka lagi kerana lagi dilayan mereka jadi lebih bersemangat,” katanya.



“Saya bukan 'katak' tetapi isu ini sudah berlanjutan, kita ada banyak kerja untuk dibuat, jadi tolong jangan telefon saya mengenai perkara itu lagi,” kata Lim sambil menjeling ke arah wartawan yang membuat liputan itu.



Seorang lagi ADUN Pakatan iaitu Lee Guan Aik yang mewakili parti DAP bagi kerusi Kota Darulaman membidas media berhubung spekulasi itu.



“Di media Cina, kita diberi gred - 1, 2 atau 3 – dan ini menunjukkan kebarangkalian atau kemungkinan kita akan melompat atau berpaling tadah, tetapi nasib baik saya hanya diberi Gred 1 sahaja,” katanya dengan sinis.



“ Ini cerita lama kerana Bn tidak lagi berkuasa sejak dua tahun lalu dan mereka tidak tahu bagaimana menjadi pemabngkang, “ kata Lim yang merupakan seorang bekas anggota tentera.



Ketua PKR Kedah, Ahmad Kassim, yang juga berucap sebelum majlis yang dihadiri lebih dua ribu orang itu berakhir pada jam 12 malam berkata kerajaan negeri tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undag ke natas mereka yang menyebarkan khabar angin berkenaan.



“Kita telah memberi mereka peluang dan ini amaran terakhir, sesiapa yang sebarkan nama orang yang akan lompat sama ada dengan sms, blog atau apa-apa, kita akan bertindak,” katanya.



Majlis malam itu diakhiri dengan ucapan daripada Menteri Besar, Datuk Aixan Abdul Razak yang menggunakan kiasan 'katak, monyet dan ketam' sehinga menyebakan hadirin gelak besar.



Beliau juga menasihatkan wartwan supaya tidak diperbodohkan dengan dakyah Umno dan berkata “Jika Umno bodoh sebarkan penipuan, adakah anda perlu menjadi bodoh juga?”



Katanya, khabar angin kononnya kerjaan negeri Kedah akan tumbang sengaja disebarkan kerana Umno tidak dapat menerima hakikat kekalahan mereka.



“Dalam sistem demokrasi, ada menang dan ada yang kalah; sejak Merdeka, kita sentiasa kalah tetapi kita bersabar dan bila kita menang, Umno menggunakan pelbagai kaedah yang memalukan dan tidak bertanggungjawab untuk cuba menumbangkan kita,” katanya.

Read more...

SIKAP UMNO SEBENAR...HALAL JADI HARAM JADI HALAL

Sabtu, 22 Mei 2010



Pergerakan Wanita Umno bahagian Kalabakan hari ini meminta pihak berkuasa supaya membatalkan konsert 'ratu gelek' Indonesia Inul yang dijadual berlangsung pada 29 Mei ini di Kompleks Sukan Tawau.

Ketuanya Datuk Hamisa Samat berkata pergerakan itu bimbang kehadiran penyanyi dangdut tersebut akan menyumbang kepada keruntuhan akhlak khususnya pada kalangan anak-anak muda di sana.(malaysiakini)

Itulah sikap UMNO yang sebenar.
Ada perkara boleh menjadi haram.

Ada perkara boleh diharamkan.


Ada yang haram dihalalkan.

Ada yang halal diharamkan.


Ada juga, yang halal dihalalkan.

Ada juga, yang haram diharamkan.
Pening kepala rakyat.
Nak tunggu fatwa mufti nanti...lagi rakyat pening kepala.

Gelek Inul haram.

Judi bola tak haram.

Gelek Inul boleh meruntuhkan akhlak anak-anak muda.

Judi bola tidak meruntuhkan akhlak anak-anak muda dan orang tua.

Read more...

MENGAWAL EMOSI DALAM BERPOLITIK



Umum berpendapat tidak salah berpolitik, tetapi apa yang penting adalah mengawal emosi semasa berceramah, berkempen dan berhujah. Jika emosi tidak dikawal akan berlakulah perkara-perkara yang tidak diingini.

Calon yang menang perlu mengawal emosi agar tidak terlebih gembira hingga menyebabkan pihak yang kalah berasa terhina. Begitu juga calon kalah perlu mengawal emosi dan menerima kekalahan dengan seadanya

Di mana-mana apa juga isu politik menjadi menarik dan panas. Seperti kopi panas ada manis dan ada juga terasa pahitnya, begitulah kehidupan. Sebagai pemerhati atau penyokong juga perlu mengawal emosi bagi menyelaraskan tindakan. Emosi yang baik akan menghasilkan tindakan waras, justeru berpolitik tanpa kawalan emosi akan menghasilkan tindakan kurang baik.

Menurut kajian, manusia adalah makhluk beremosi yang dapat digunakan sewajarnya untuk menegakkan kebenaran dan membenci atau memerangi kebatilan. Emosi tersebut meliputi perasaan suka, duka, kasih sayang, benci, marah, riang, sedih, bangga, dukacita, kecewa, bahagia, derita dan sebagainya. Manusia yang tidak beremosi dikatakan tidak seimbang.

Keseimbangan, jasmani, emosi, rohani dan intelek sangat penting. Jelaslah emosi perlu dipupuk dan dibangunkan agar insan yang menggunakan emosi ini dapat mengawal dengan sewajarnya. Sebagai contoh sentiasa mencintai kebenaran dan kebaikan, dan membenci kezaliman dan keburukan yang berlaku dalam masyarakat.

Memetik kata-kata John Dewey, pemisah emosi yang panas hanya dengan akal dingin, adalah suatu tragedi. Menurut John Morley, anda tidak dapat memperlihatkan emosi juga tidak dapat mematikan cita-cita.

Bagi mengelakkan emosi yang terlampau, hanya dengan akal dingin dan waras. Kewarasan hanya dapat mengawal segala-galanya. Jika tidak waras dalam mesyuarat cawangan atau bahagian, kerusi boleh terbang melayang-layang disebabkan kemarahan.

Emosi adalah perasaan jiwa yang kuat, seperti sedih, gembira dan takut. Beremosi mempunyai emosi sementara emosional adalah cenderung memperlihatkan emosi atau bertindak mengikut perasaan. Dalam hal ini, setiap daripada kita mestilah bijak mengawal emosi dalam melakukan sesuatu. Emosi yang terkawal ialah bertindak mengikut akal bukan perasaan.

Sifat marah dapat dikawal dengan emosi yang tenang dan akal yang bijaksana. Apabila akal sempurna tindakan yang dilakukan adalah lebih waras dan baik. Dalam kehidupan kita tidak digalakkan terlalu beremosi yang boleh mempengaruhi perasaan dan hati. Ceramah yang disampaikan melalui kempen-kempen politik mestilah dikawal dengan emosi yang baik.

Ada orang menjadi agresif kerana tidak dapat mengawal emosinya. Oleh itu kawal emosi dengan akal yang bijaksana supaya apa yang kita bicarakan, atau apa yang kita lakukan lebih sempurna dan positif hasilnya. Emosi yang terkawal akan menghasilkan sifat baik hati, tenang dan pencetus minda ke arah berfikiran terbuka.

Memetik kata-kata, J C Hare, lidah adalah wakil kebatinan kita, menunjukkan kecerdasan fikiran, keluasan kefahaman, kedalaman penyelidikan, kebanyakan pengalaman dan melambangkan kegagahan dalam kemanisan seseorang.

Peradaban yang baik melalui didikan agama akan mengawal emosi. Orang yang beradab akan sentiasa menjaga lidah dan bicaranya. Orang yang beradab juga tidak akan memburukkan orang lain melalui kata-katanya. Dia sentiasa menjaga dan mengawal emosi serta perkataannya agar tidak menyakiti hati orang lain.

Oleh DR AMINUDIN MANSOR
Penulis ialah penyair, bekas pendidik. PhD Persuratan Melayu, UKM, Bangi.

Read more...

1000 ORANG HADIR DEMO BANTAH JUDI UMNO DI IPOH

Jumaat, 21 Mei 2010



IPOH, 21 Mei: Sekurang-kurangnya 1000 Rakyat Perak hari ini melahirkan bantahan terhadap kelulusan lesen judi bolasepak sempena Piala Dunia Jun ini di Masjid Negeri Sultan Idris Shah 11, Ipoh selepas solat Jumaat tengahari tadi.

Himpunan bantahan tersebut telah dianjurkan oleh Pemuda PAS Perak dan turut disokong beberpa badan bukan kerajaan NGO lain..



Antara pimpinan yang hadir berucap ialah Timbalan Pengerusi PKR Perak, Dr Lee Boon Chye, Ketua Pemuda PAS Perak, Zawawi Hassan, Ketua Angkatan Muda PKR Perak, Abdul Yunus Jamhari, dan Yang Dipertua ABIM Perak, Haji Suhaimi Latip.

Pimpinan Pemuda Pemuda PAS Perak; pimpinan Angkatan Muda PKR Perak dan pimpinan Badan Bukan Kerajaan antara yang turut bersama dalam himpunan tersebut.

Bagaimanapun pimpinan Pemuda Umno dan yang lain tidak hadir beiarpun jemputan rasmi oleh Pemuda PAS Perak dibuat sebelum ini.

Menurut penganjur, himpunan bagaimanapun sedikit terganggu apabila pihak Polis mengarahkan agar himpunan tersebut di hentikan.

Beberpa pergelutan juga dilaporkan berlaku sewaktu pihak polis cuba menyuraikan peserta himpunan.

Bantahan kemudiannya bersurai secara aman sekitar jam 2.30 tadi tanpa sebarang tangkapan dibuat.(harakahdaily)

Read more...

'SIHIR' UMNO TAK MENJADI DI SIBU

Rabu, 19 Mei 2010


KUALA LUMPUR, 19 Mei: Peningkatan undi Melayu kepada calon Pakatan Rakyat (PR) daripada DAP dalam pilihan raya kecil Sibu, Ahad lalu membuktikan ‘sihir’ perkauman Umno dan media-medianya sudah ditolak oleh rakyat, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"Peningkatan undi Melayu kepada calon DAP itu membuktikan tidak semua orang Melayu yang boleh diperbodohkan oleh ‘sihir’ Umno yang mengapi-apikan perkauman," katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu yakin apa yang berlaku di Sibu itu akan meningkatkan lagi keyakinan rakyat yang waras untuk menyelamatkan sebahagian orang Melayu yang masih lagi terpedaya dengan tindakan Umno yang mengapi-apikan perkauman.

"Umno tahu, perkauman adalah satu-satunya modal baginya untuk terus wujud.

"Malah ada tokoh Umno sendiri yang menyatakan bahawa Umno tidak lagi layak bercakap mengenai Islam terutama dengan tindakan kerajaan (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) memohon petunjuk dari Yahudi Zionis dalam APCO Worldwide dan meluluskan lesen judi bola sempena Piala Dunia 2010.

"Hendak bercakap mengenai keadilan, demokrasi, hak rakyat, usaha menentang rasuah, pemimpin yang bersih dari skandal termasuk skandal pembunuhan atau apa jua mengenai kepimpinan yang bersih dan adil, sudah lama Umno tidak layak bercakap mengenai perkara-perkara itu," kata Salahuddin.

Oleh sebab itulah, katanya, hanya perbuatan mengapi-apikan perkauman yang menjadi penyelamat nyawa Umno.

Beliau bagaimanapun yakin Umno tidak akan dapat menipu orang-orang Melayu selama-lamanya dengan sihir perkauman itu.

"Akhirnya orang-orang Melayu akan sedar semua itu adalah propaganda murahan Umno demi kepentingan survivalnya sendiri dan tidak ada kena-mengena dengan kepentingan orang-orang Melayu.

"Tidak dinafikan bahawa sebahagian orang Melayu masih terlupa bahawa Umnolah yang sebenarnya mengkhianati kepentingan orang-orang Melayu contohnya dengan penghakisan tanah rezab Melayu dan penghakisan kerusi majoriti Melayu dalam persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003 lalu.

"Tetapi, mereka tidak terlalu bodoh untuk ditipu selama-lamanya oleh Umno," katanya.

Salahuddin juga juga yakin orang-orang Melayu akhirnya akan sedar bahawa masa hadapan mereka tidak akan dapat dijamin dengan mengapi-apikan perkauman.

"Tugas kita ialah untuk meningkatkan kesedaran orang-orang Melayu bahawa Allah tidak mencipta pelbagai kaum untuk bermusuh-musuhan dan saling menyakitkan hati antara satu sama lain.

"Tugas kita ialah untuk meningkatkan kesedaran orang-orang Melayu bahawa orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa kepada-Nya dan pertolongan Allah kepada bangsa Melayu hanya datang dengan peningkatan ketaqwaan yang menyeluruh kepada-Nya, termasuk mematuhi perintah-Nya supaya meningkatkan ilmu pengetahuan serta memilih pemimpin yang bersih dan bertaqwa," katanya.(harakahdaily)

Read more...

TEMPOH SEMINGGU KEPADA SPR UNTUK DAKWA NAJIB...?

Selasa, 18 Mei 2010



SIBU 18 Mei - Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh memberi tempoh sehingga Isnin kepada Suruhanjaya Pilihan Raya untuk mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atas tuduhan menawarkan rasuah kepada penduduk Sibu semasa berkempen pada pilihan raya kecil Sibu baru-baru ini.

Kegagalan berbuat demikian, pihak DAP kata Karpal akan membuat laporan polis terhadap Najib di Sibu.

Semalam Pengerusi Kebangsaan DAP itu mendakwa Najib Razak terbabit dalam 'pembelian undi' pada PRK Sibu semasa berkempen pada satu majlis di Rejang Park Sabtu lalu.

Akhbar harian bahasa Inggeris Sunday Eastern Times memetik kata-kata Najib yang dipertikaikan oleh Karpal itu dalam bahasa Inggeris.

“I want to make a deal with you. Can we have an understanding or not? The understanding is quite simple. I help you, you help me,” kata Najib kepada kira-kira 1,000 penduduk rejang Park.

Dalam ucapan beliau, Najib dikatakan menjanjikan RM5 juta bantuan kerajaan pusat untuk projek tebatan banjir di Sibu jika BN menang PRK Sibu.

"Ini adalah perlakuan amat serius yang dilakukan oleh seorang Perdana Menteri bukannya rakyat biasa.

"Saya beri tempoh satu minggu sehingga isnin depan untuk SPR mendakwa Najib. Sebenarnya SPR sepatutnya bertindak serta merta terhadap Perdana Menteri," kata karpal ketika dihubungi Suara Keadilan.

Karpal berkata Najib boleh didakwa Seksyen 10 (1)(B) dan Seksyen 11 di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang membawa denda RM2,000 dan penjara tidak kurang daripada dua tahun.

Read more...

BN KURANG KREATIF DI SIBU (kurang kreatif untuk menipu ha..ha..ha...!)

Isnin, 17 Mei 2010



Tok Najib kata : BN kurang kreatif dan kurang bertenaga di Sibu. Nak tanya ni : Siapa pemimpin BN ?

Najiblah...!

Jadi, kesimpulannya, Najib yang kurang kreatif dan kurang tenaga di Sibu. Jangan pula nak salahkan orang lain dan lepas tangan.

Satu sahaja yang rakyat dapat lihat terutamanya rakyat di parlimen Sibu ialah sejak dahulu, kini dan mungkin selama-lamanya UMNO/BN masih menggunakan cara lama apabila berhadapan dengan PRU atau PRK.

Apa dia ?

UMNO/BN bawa isu pembangunan. Walaupun tempat tu dah terserlah pembangunannnya, dia masih lagi bawa isu pembangunan. Janji buat ini, janji buat itu. Tawarkan itu, tawarkan ini.

Begitu klasik sekali strategi angau UMNO/BN ni. Langsung tidak menepati sasaran.

Adakah mereka tidak sedar, apakah masalah sebenar rakyat ? Apa isu asas rakyat pada masa kini ?

Rakyat mahukan jaminan keselamatan dalam suasana dalam negara yang tidak selamat. Nak harapkan pihak keselamatan...mmm.

Isu gejala sosial yang kian merebak bagai wabak yang perlu ditangani segera.

Dan macam-macam lagi. Carilah sendiri.

Kesimpulannya, UMNO/BN memang tidak kreatif dan tidak bertenaga.
Disebalik tidak kreatif dan tidak bertenaga UMNO/BN, strategi PR (PAS, DAP, PKR) memang relevan dengan rakyat.

Tahniah PR....!
Malaysia 4 Change...!

Read more...

SIBU : RAKYAT SUDAH MUAK POLITIK WANG UMNO - MURSYIDUL AM



Tok Guru berkata :

  • Kegagalan Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi parlimen Sibu semalam kerana rakyat sudah muak dengan politik wang.
  • Umno dan BN menghina rakyat dengan membeli mereka seperti membeli ayam dan itik di pasar.
  • Binatang ternakan boleh dibeli, tetapi jika manusia pun ingin dibeli, jelas sekali manusia sudah ingin disamakan dengan ayam itik.
  • Harap Umno dan BN sedar, tidak semua manusia boleh dibeli. Taburlah berlian dari langit sekalipun, prinsip bukan barang dagangan, kami di Kelantan sudah lama kenal perangai Umno.
  • Kaum Cina di negara ini terbukti menolak BN seperti dilakukan di Hulu Selangor dan Sibu serta siri pilihan raya kecil yang diadakan sebelum ini.
  • Laungan ketuanan Melayu dan menjulang keris di khalayak ramai di kalangan pemimpin Umno tidak lebih sebagai slogan ’buaya darat’ yang mencari mangsa untuk dibaham.
  • Ia bukan slogan suci (ketuanan Melayu), kenajisannya terbukti apabila royalti minyak kepada Kelantan dinafikan sedangkan negeri ini lebih 90 peratus rakyatnya orang Melayu.
  • Merakamkan ucapan tahniah kepada DAP yang mewakili Pakatan Rakyat menumbangkan BN di Sibu.
  • Rasa terkilan apabila keputusan pilihan raya kecil Sibu seperti dilenyapkan media massa daripada pengetahuan rakyat.

Read more...

KEANGKUHAN & KESOMBONGAN BN DI HULU SELANGOR DIBALAS DI SIBU



Posted by MisbahulMunir Monday, May 17, 2010

PRK Hulu Selangor UMNO BN gunakan segala keangkuhan, kesombongan dan ketakabburannya bagi menolak sokongan rakyat kepada PR. Dalam kempen-kempen BN di Hulu Selangor, mereka mengelabui rakyat kononnya PR di Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan juga Perak tidak melakukan apa-apa untuk rakyat. 2o tahun PAS perintah Kelantan, selama itulah kerajaan PAS Kelantan dinapikan oleh BN pusat, seolah-olah 20 tahun perintah Kelantan tidak ada apa-apa yang dibuat oleh Kerajaan Kelantan. Rakyat Kelantan tidak tertipu, mereka hanya mahu menipu rakyat di tempat lain. 2 tahun PR memerintah 3 negeri juga dinapikan oleh UMNO BN.

Sama jugalah di Perak, 11 bulan PR memerintah Perak, banyak perubahan yang telah PR buat, tetapi semuanya dinapikan oleh UMNO BN. BN mendabik dada dengan sombong dan angkuh kononnya hanya UMNO BN sahajalah yang boleh membangun dan memberi kesejahteraan kepada rakyat. Kenyataan sombong ini dengan jelas menolak adanya kuasa yang maha besar iaitulah ketentuan Allah swt.


Sombong, angkuh, dan takabburnya mereka di Hulu Selangor dan sebelumnya di Bagan Pinang dibalas oleh rakyat Sibu. Rakyat Sibu menolak propaganda murahan UMNO BN, menolak amalan rasuah Najib, menolak politik sempit BN, menolak sentimen perkauman, menolak tawaran-tawaran berjuta ringgit semata-mata mahu memancing undi, menolak kepimpinan Taib Mahmud, menolak 1 Malaysia. Pendek kata semua propaganda dan kempen jahat mereka yang bernilai ratusan juta ringgit ditolak oleh kecerdikan dan keterbukaan rakyat Sibu.

PAS yang tidak ada satu cawangan pun di Sibu, tidak ada pimpinan PAS di Sibu, ahlinya pula cuma belasan orang sahaja, apatah lagi program PAS tidak pernah dianjurkan di Sibu, tetapi pendekatan PAS dalam kempen-kempen di Sibu ternyata lebih disenangi oleh penduduk tempatan berbanding dengan UMNO yang turut membantu calon BN. Ini merupakan petanda baik PAS boleh bertapak di Sibu dan menjadi saingan kepada parti yang dipimpin oleh Taib Mahmud.

Rakyat di negeri lain terutamanya negeri-negeri yang masih diperintah oleh BN di Semenanjung wajar belajar berpolitik dengan rakyat Sibu. Rakyat Sibu lebih terbuka dan cerdik pemikiranya. Berpuluh menteri kabinet berkampung di Sibu, berulang aliknya PM dan TPM ke Sibu menjanjikan program dan melaburkan projek ratusan juta untuk rakyat Sibu, namun ditolak mentah-mentah oleh rakyat Sibu.

Majoriti 398 walaupun kecil angkanya, tetapi besar artinya kepada perubahan yang lebih besar pada pilihanraya akan datang. Ia juga satu isyarat kepada BN untuk membuat persiapan dan bekalan menuju hari kehanjuran.

PR jangan pula sombong dan angkuh dengan kemenangan ini. Jadikan ia satu perangsang ke arah pengukuhan ikatan sesama PR, juga pengukuhan ikatan hati ke atas rakyat, rakyat sentiasa didekati, diambil tahu kesusahannya, dihiburkan hatinya, diperjuangkan nasibnya dan dihargai nilai harga dirinya, Insya Allah PR akan sentiasa di hati rakyat. Kemenangan Sibu adalah penebus kekalahan di Bagan Pinang dan Hulu Selangor dan perangsang kemenangan besar PRU akan datang.

Read more...

KERJASAMA ERAT PAS-PKR-DAP MENANGKAN PAKATAN RAKYAT



SIBU, 17 Mei: Kerjasama erat antara PAS, PKR dan DAP tidak boleh dinafikan antara faktor penyumbang kemenangan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu semalam.

Timbalan Pengarah III Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmod berkata seluruh peringkat bermula dari pimpinan tertinggi ketiga-tiga parti hingga ke peringkat jentera, mempamerkan semangat berpasukan yang tinggi sepanjang kempen di sini.

"Kita sangat berpuas hati dengan keputusan yang kita dapat.

"Pilihan raya ini kita dapat lihat kerjasama cukup padu dan jitu dalam Pakatan Rakyat," katanya.

Usaha kuat ketiga-tiga jentera parti dalam Pakatan Rakyat ini juga jelasnya turut dirasai calon DAP yang telah menang, Wong Ho Leng dan diakui oleh Setiausaha DAP, Lim Guan Eng sendiri.

Dengan keadaan masyarakat Sibu yang kurang terdedah dengan maklumat dan hanya mendengar sebelah pihak, kemenangan kali ini dianggap berbaloi dengan usaha yang telah dilakukan jentera Pakatan Rakyat.

Ianya juga membuktikan, strategi kempen rumah ke rumah sangat berkesan menangkis tohmahan BN yang meggunakan seluruh saluran yang mereka ada.

"Kalau melihat kepada bendera di rumah-rumah, kita rasa memang kita kalah.

"Rupa-rupanya mereka tidak mahu dilihat bersama dengan Pakatan Rakyat, tetapi mereka sebenarnya mengundi kita," katanya.

Selain itu, mengulas ringkas kekalahan memalukan BN pula beliau berkata, antara lain dilihat berpunca dari protes kaum Melayu terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menurutnya, masyarakat Melayu di beberapa tempat sepeti di Nangka, Pelawan dan Seduan kecewa dengan layan tidak sama rata Najib yang beberapa kali datang berkempen.

Najib, katanya seperti meminggirkan masyarakat Melayu Melanau di situ kerana mungkin yakin mereka pengundi tegar BN.

"Saya belum lihat secara keseluruhan lagi, cuma mungkin pengundi Melayu protes terhadap Najib.

"Najib datang tiga kali tapi bertemu dengan bukan Melayu dengan menawarkan pelbagai insentif," ujarnya.

Dalam pilihan raya kecil semalam, Wong Ho Leng yang juga Adun Bukit Assek, memperoleh 18,845 undi menewaskan calon BN, Robert Lau Hui Yew, yang mendapat 18,447 undi manakala calon Bebas, Narawi Haron memperoleh 232 undi.(harakahdaily)

Read more...

About This Blog

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP