GOTONG ROYONG MEMBERSIH BILIK GERAKAN PEMUDA KG BAHAGIA

Ahad, 9 Mei 2010



TELUK INTAN, 9 Mei - Atas semangat berjemaah, Jawatankuasa Pemuda PAS Kg. Bahagia dengan kerjasama PAS Kg. Bahagia telah mengadakan gotong-royong di tapak baru yang terletak di Lorong Masjid, Kg. Bahagia. Tapak dan rumah tersebut telah diberikan untuk sementara waktu oleh tuan tanah yang juga seorang kontraktor. Tapak baru itu berhampiran dengan Masjid Kg. Bahagia.

Kehadiran pada pagi itu amat menggalakkan di mana telah mendapat sambutan yang amat baik oleh para ahli cawangan dan masyarakat setempat. Gotong royong telah bermula seawal jam 8 pagi ini telah diketuai oleh Ketua Pemuda Cawangan, Sdr. Isma dan Setiausaha PAS Cawangan, Sdr. Zaidi.


Khidmat traktor memudahkan kerja-kerja meratakan tapak. Traktor Hj. Jumali.


Berbincang hendak menumbangkan pokok kelapa.

Menurut Sdr. Zaidi, tapak yang luas ini akan digunakan oleh PAS Cawangan sebagai tempat ceramah yang baru sebagai alternatif kepada tempat yang biasa diadakan ceramah iaitu di markaz cawangan.

"Alhamdulillah, seorang kontraktor telah bermurah hati membenarkan kawasan ini diterangkan untuk dijadikan tapak ceramah yang besar yang akan memberikan kepuasan kepada orang ramai yang datang mendengar ceramah. Saya bagi pihak PAS Cawangan Kg. Bahagia mengucapkan ribuan terima kasih kepada kontraktor tersebut," ujar beliau lagi.

Bagi Ketua Pemuda Cawangan, Sdr. Isma, rumah yang terletak di tapak baru itu akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh Pemuda PAS cawangan untuk melaksanakan gerak kerja parti dan akan dijadikan Bilik Gerakan UPU Pemuda.

"Dengan adanya tenpat baru yang lebih selesa, kami akan dapat melaksanakan pelbagai aktiviti kepemudaan dan gerak kerja pilihanraya," tambah beliau.




Pokok kelapa di hadapan rumah ini perlu ditumbangkan.


Berehat sebentar sambil berbincang.

Gotong royong tersebut juga melibatkan JK Muslimat Cawangan yang sedang sibuk menyediakan juadah sarapan dan makan tengah hari yang akan dihadiri oleh ADUN Changkat Jong.

Turut hadir meninjau ialah Timbalan Yang Di Pertua PAS Kawasan yang memberikan kata-kata perangsang kepada para ahli cawangan.


Sebahagian kawasan yang telah diterangkan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

About This Blog

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP