LAWATAN KEBAJIKAN ADUN CHANGKAT JONG DI KG. SUNGAI SAMAK

Isnin, 3 Mei 2010



TELUK INTAN, 1 Mei - Program kebajikan adalah antara satu agenda penting dalam diari ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin. Bagi beliau, kesejahteraan hidup masyarakat merupakan perkara perkara yang menjadi keutamaan beliau. Sehubungan dengan itu, atas inisiatif Pejabat ADUN Kawasan Changkat Jong dan PAS Cawangan Kg. Sungai Samak telah mengadakan program lawatan kebajikan ADUN menemui penduduk kampung terutama golongan susah, sakit dan warga emas.

Menurut YB Hj. Anuar, sebanyak 22 bungkusan barangan keperluan telah disediadakan. untuk program tersebut. Beliau telah menyampaikan sebahagian daripada sumbangan itu di pekarangan kediaman Ketua Cawangan PAS, Sdr. Saifudin. Sementara sebahagiannya lagi disampaikan semasa melawat rumah ke rumah di kampung tersebut.


Rombongan ADUN disambut oleh penduduk kampung.


YB Anuar diberi peluang menyampaikan ucapan ringkas.


YB Anuar menyampaikan sumbangan kepada penduduk kampung.



Banyak laporan serta aduan yang diterima oleh ADUN Changkat Jong itu semasa bertemu rakyat. Segala aduan dan laporan tersebut telah dicatat dan diberi perhatian oleh beliau untuk tindakan selanjutnya.

Turut hadir ialah Ketua Cawangan PAS Kg. Sungai Samak Sdr. Saifudin, Setiausaha cawangan Sdr. Tajuddin, Sdr. Adnan serta ahli-ahli Jawatankuasa cawangan PAS.

Menurut YB Hj. Anuar lagi, program kebajikan serta lawatan dari rumah ke rumah akan dilakukan di tempat-tempat lain.

Program yang bermula pukul 4 petang itu telah berakhir sebelum Maghrib. YB Hj. Anuar telah diberi peluang menjadi imam bagi solat Maghrib di Masjid Kg. Bagan Lalang.

0 ulasan:

Catat Ulasan

About This Blog

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP