AKTIVITI ADUN CHANGKAT JONG DI SANA SINI

Isnin, 10 Mei 2010

AKTIVITI (i) RASMI PENUTUP KARNIVAL SUKAN SMAR 2010



Pada hari Sabtu, 8 Mei 2010, YB Haji Mohd. Anuar Sudin telah dijemput menghadiri Majlis Perasmian Penutup Karnival Sukan Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) 2010. Majlis telah diadakan di Dewan Utama Maahad Al-Islah, Parit 17A Sungai Lampam, Teluk Intan. Karnival Sukan SMAR adalah anjuran Pendokong Pertubuhan Sekolah Agama Rakyat Negeri Perak (PPSR).




Ustaz Agus selaku tuan rumah karnival sukan.

YB Haji Mohd. Anuar telah diberi peluang untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan penutupan karnival sukan tersebut. Kemudian ADUN Changkat Jong telah sudi menyempurnakan penyampaian hadiah dan cenderamata kepada para pemenang. Turut hadir ialah Pengerusi Majlis Pengetua dan Guru Besar Sekolah Agama Rakyat Negeri Perak.




Para peserta menerima hadiah daripada YB Hj. Anuar.


Giliran YB Hj. Anuar pula menerima cenderamata.

AKTIVITI (ii) RASMI MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN SABAK BERNAM



Pada hari Ahad, 9 Mei 2010, YB Haji Mohd. Anuar Sudin telah dijemput merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Sabak Bernam. Mesyuarat telah diadakan di Dewan Abdul Razzak Dawami, Markaz Tarbiyyah PAS Kawasan Sabak Bernam, Batu 1, Tebuk Pulai, Sabak Bernam.

Turut menyambut beliau ialah YDP PAS Kawasan Sabak Bernam, Ustaz Salehen Muhkyi dan beberapa orang AJK PAS Kawasan. Turut hadir mengiringi ialah isteri ADUN Changkat Jong, Puan Hajjah Faridah Rajiah.

Di dalam ucapan, beliau lebih banyak menyentuh tentang aspek pemerkasaan parti. Di samping itu, beliau juga menerangkan isu-isu semasa politik negeri Perak.


Ustaz Salehen Mukhyi menyampaikan ucapan selaku YDP Kawasan.




Antara para perwakilan dan pemerhati yang hadir.


Puan Hjh. Faridah Rajiah (baju biru) bersama para muslimat kawasan Sabak Bernam.

0 ulasan:

Catat Ulasan

About This Blog

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP