MUSLIMAT PAS CARI JALAN SOLAT JUMAAT

Rabu, 23 Jun 2010



Dewan Muslimat PAS menyahut saranan mursyidul amnya Datuk Nik Aziz Nik Mat supaya kaum wanita terlibat sama menunaikan solat Jumaat bersama-sama jemaah lelaki di masjid-masjid.

"Muslimat (di negeri) Kelantan khususnya akan mancari jalan agar (saranan) Tok Guru Nik Aziz dapat direalisasikan," jelas exco dewan itu Aiman Athirah Al-Jundi. Pada 19 Jun lalu, Nik Aziz dilaporkan berkata hasrat supaya perempuan boleh bersolat Jumaat bersama-sama orang lelaki boleh dimulakan bila sebuah kompleks masjid di Bachok siap dibina tahun depan.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, keselesaan ruang masjid yang cukup luas mampu membawa kaum wanita untuk turut bersama menunaikan solat Jumaat. Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Aiman berkata, cadangan yang diusulkan oleh Nik Aziz itu memberikan kesan yang baik.

Sehubungan itu, Aiman menambah, dewan itu menyeru supaya golongan wanita turut bersama-sama menjalani ibadah berjemaah itu.

"Zaman (kita) kecil-kecil dahulu memang (wanita) sudah lazim disuruh pergi sembahyang Jumaat. "Solat Jumaat tidak menjadi masalah bagi muslimat untuk menunaikannya," katanya. Aiman turut berpendapat, negeri-negeri Pakatan rakyat patut memulakan usaha tersebut terlebih dahulu.(malaysiakini)

0 ulasan:

Catat Ulasan

About This Blog

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP