MUSLIMAT MERIAHKAN MALAM RAYA DENGAN BERTAKBIR - USTAZAH NURIDAH
Selasa, 7 September 2010
RANTAU PANJANG, 7 Sept: Umat Islam di seluruh negara khususnya kaum wanita dinasihatkan supaya menggantikan kemeriahan menyambut raya dengan bertakbir daripada menyediakan pelbagai juadah semata-mata.
“Jangan hanya nak bertakbir pada pagi hari raya, sebaliknya pada malam rayapun kita digalakkan bertakbir banyak-banyak,” ujar Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh.
Menurutnya, kaum ibu antara insan yang paling sebuk menyiapkan kelengkapan hari raya.
Sambungnya, jangan biarkan diri dengan kesibukan itu tanpa sempat bertakbir di malam raya.
Beliau juga mengingatkan surirumah supaya tidak terlalu boros menyambut kedatangan Syawal yang bakal menjelang beberapa hari lagi.
Menurutnya, dengan kenaikan harga barang yang semakin melambung tinggi, umat Islam seharusnya tidak terlalu boros.
“Apa lagi boros, membazir itu amalan syaitan,”ujarnya ketika berucap pada Majlis Mubarak Ramadan dan Syawal Dewan Muslimat PAS Pusat Peringkat Negeri Kelantan di Kampung Tasek, dekat sini, semalam.
Read more...