UGUTAN BUNUH TOK GURU NIK AZIZ...?

Jumaat, 30 April 2010

Saya terkejut membaca Facebook saya hari ini. Rakan-rakan facebook memaklumkan bahawa seorang pemuda Umno mengugut untuk membunuh Mursyidul Am Pas, Tok Guru Nik Aziz.

Mohd Safuan Hilmi, 24 yang mengaku graduan UiTM dan kini bekerja di Syarikat Prasarana Negara Berhad membuat ugutan mahu membunuh Nik Aziz dalam komennya di satu wall perbincangan dalam facebook.

“Belum lengkap lagi sebab seekor lagi barua tak mati iaitu Nik Aziz. Tunggu aku pi bunuh Nik Aziz dulu baru lengkap. Setan tu tak layak duduk kat muka bumi ni lagi”

“Senang bunuh orang. Tikam jer. Aku sanggup dihukum gantung jika aku dapat bunuh Nik Aziz al Dajal tu”….begitulah kata-kata biadap pemuda Umno ini.

Saya minta pimpinan PAS khususnya PAS kelantan dan Tok Guru Nik Aziz sendiri membuat laporan Polis. Ini adalah satu perkara yang serius kerana jelas, Umno telah merosakan pemikiran generasi muda dan menjadikan ugutan bunuh sebagai permainan biasa. Umno harus bertanggungjawab kerana melahirkan makhluk sebiadap ini.

Saya dapati laman Facebook beliau sudah ditutup…tapi ini maklumat yang saya sempat ambil. Harap disiasat kerana kita tidak boleh memadang kecil hal ini. Kalau dibiar, nanti lebih ramai yang besar kepala dan buat ugutan serupa.

Dipetik daripada :

blog Sdr. Herman Samsudeen : http://syukran.wordpress.com

Read more...

BEKAS PERAJURIT DAKWA TIDAK DAPAT PEMBELAAN

Khamis, 29 April 2010



TELUK INTAN - Tugas dan tanggungjawab tentera begitu besar terhadap pertahanan negara, malah semasa mereka berkhidmat pelbagai penghargaan dan sanjungan diterima tetapi selepas bersara, segala khidmat bakti mereka dilupakan sehingga ada dalam kalangan mereka terpaksa hidup dalam kesengsaraan.

Perkara itu diakui Mohd Anuar Yahya yang kecewa dengan Persatuan Bekas Tentera dan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) kerana tidak dapat menjaga kebajikan bekas tentera sepertinya.

Menurutnya, permohonannya mendapatkan bantuan persekolahan sehingga kini tidak berjawab dan tuntutan perjalanan untuk rawatan kesihatan juga sepi tanpa berita.

“Sebagai bekas perajurit, saya sangat kecewa kerana kebajikan kami tidak mendapat perhatian daripada pihak berkenaan sedangkan semasa berkhidmat tidak pernah kami menuntut apa-apa demi memastikan kedaulatan negara dipelihara.

“Bukan kami minta yang bukan-bukan, cuma sedikit bantuan bagi meringankan beban yang kami tanggung selama ini kerana kebanyakan yang menyertai tentera adalah orang miskin,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya di Taman Desa Aman, di sini, semalam.

Mohd Anuar berkata, semua permohonannya dibuat mengikut prosedur ditetapkan, tetapi masih juga tidak mendapat seperti apa yang diharapkan.

Katanya, jika sebelum ini bantuan sukar diperoleh disebabkan bekas tentera tidak menyertai persatuan, tetapi perkara sama masih berlaku selepas menjadi ahli persatuan.

Dakwanya, terdapat beberapa ahli lain turut kecewa dengan sikap persatuan kerana memilih orang tertentu untuk diberikan bantuan.

“Bila terjadi masalah seperti ini, kami rasakan seolah-olah pengorbanan sebelum ini untuk mempertahankan negara langsung tidak dihargai.

“Apa guna kami menyertai persatuan jika mereka gagal menjaga kebajikan kami yang selama ini memerlukan bantuan?,” katanya.

Mohd Anuar berkata, dia menuntut bantuan perjalanan kerana terpaksa berulang-alik ke Institut Jantung Negara (IJN) enam bulan sekali untuk menjalani rawatan.

“Jika tuntutan perjalanan itu diberikan, kos untuk menjalani rawatan di IJN dapat dikurangkan.

“Saya berharap pihak persatuan dan JHEV meneliti serta mengambil berat terhadap bekas-bekas perajurit ini supaya sisa hidup kami berakhir dengan kegembiraan dan kesenangan,” katanya.

Read more...

KOC WANITA : TAHNIAH DARIPADA PAS..!



Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan tahniah kepada pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kerana memperkenalkan gerabak khas untuk penumpang wanita KTM Komuter. Ini adalah satu penghormatan kepada kaum wanita dan keunikan buat sistem pengangkutan awam dinegara ini.

PAS amat menyokong langkah ini kerana ia mampu memberikan keselesaan kepada penumpang wanita yang selama ini terpaksa berhimpit-himpit dengan penumpang lelaki khususnya ketika waktu puncak. Malah langkah ini dapat mengurangkan masalah ganguan seksual kepada penumpang wanita.

Langkah ini menepati syariat Islam yang meletakan wanita ditempat paling istimewa yang perlu dilindungi dan dilayani dengan sebaiknya. Kemudahan KTM ini walaupun baru namun diyakini akan mendapat sambutan meluas berikutan jumlah penumpang komuter setiap hari yang ramai.

Perkara ini sudah lama diadakan diluar negara seperti di Jepun dan beberapa negara Eropah. PAS mencadangkan agar selepas ini diwujudkan juga gerabak khas untuk mereka yang bekeluarga dan juga warga emas termasuk golongan OKU bagi memudahkan mereka mendapat perkhidmatan yang lebih baik.

PAS berharap inisiatif ini juga diambil oleh pengusaha pengangkutan awam yang lain agar masalah-masalah penindasan atau pencabulan wanita ditempat awam dapat dikurangkan disamping meningkatkan imej perkhidmatan awam dimata masyarakat.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Read more...

TERUS BERJUANG, KERJA LEBIH KUAT - MURSYIDUL AM

Isnin, 26 April 2010



KOTA BHARU, 26 April: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kekalahan adalah motivasi untuk terus berjuang lebih kuat bukan berpatah semangat.

Perjuangan menegakkan kebenaran melawan kebatilan katanya tidak boleh berhenti selagi manusia itu masih diberi peluang untuk hidup.

“Selagi hidup kita di muka bumi ni masih ada, perjuangan menegakkan syiar Islam mesti diteruskan, Nabi Muhammad saw berjuang selama 23 tahun dan ia harus diteruskan dalam semua aspek,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kekalahan tipis Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor semalam.

Beliau ditemui media selepas merasmikan program pertukaran Pelajar Muhammadiyah Padang Sumatera Barat dengan Yayasan Islam Kelantan di ibu negeri hari ini.

Biarpun kalah dari sudut undi, namun Pakatan Rakyat jelasnya tetap menang dari aspek moral.

Sokongan pelbagai kaum kepada Pakatan Rakyat jelasnya cukup membuktikan Pakatan Rakyat adalah wadah terbaik rakyat negara ini.

Selain itu kekalahan itu menurutnya menjadikan ikatan antara parti dalam Pakatan Rakyat semakin kukuh berdepan Pilihan Raya Umum akan datang.

“Kita mesti ingat di Malaysia ni walaupun kita kalah dalam pilihanraya kecil tetapi bila masuk pilihanraya umum kita menang,” katanya lagi.

Pilihanraya kecil P.94 Parlimen Hulu Selangor dimenangi calon BN P. Kamalanathan dengan majorit 1725 mengatasi calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim.

Read more...

KEMPEN : BN LAYAN ORANG ASLI SAMPAI MABUK

Khamis, 22 April 2010

HULU SELANGOR, 22 April: Sekumpulan pemimpin Orang Asli tengah hari tadi tampil mempersoalkan jentera Umno/BN melambakkan aktiviti hiburan pada setiap malam demi melalaikan Orang Asli terhadap realiti hidup masing-masing di tanah air.

"Dia (BN) guna hiburan dari pukul 8 malam hingga jam 11 malam, selepas itu dia (BN) bagi duit, layan Orang Asli sampai mabuk-mabuk, kami (sukarelawan) susah nak kawal," ujar Uday Kadir, 45.

Beliau turut mempertikaikan penyalahgunaan aset kerajaan untuk kempen politik BN termasuk peranan tidak langsung Jabatan Hal Ehwal Khas Orang Asli (JHEOA) yang membenarkan kenderaan rasmi kerajaan digunakan oleh jentera Umno/BN sejak kelmarin.

"Orang BN guna jentera dan kenderaan JHEOA untuk kempen ke atas Orang Asli," jelasnya di Pusat Informasi Media, Kuala Kubu Baru.

Menurut beliau, JHEOA tidak perlu berpura-pura tidak tahu dengan pendedahan yang dibuatnya.

Ini kerana, beliau bersama sukarelawan Orang Asal dari Temerloh berkata, pasukan sukarelawan menyedari bahawa kenderaan yang dipakai oleh para jentera BN untuk masuk ke kampung-kampung Orang Asli adalah kenderaan rasmi JHEOA, milik kerajaan.

"Kami kenallah dengan pelekat BN (yang) dilekat atas logo JHEOA (pada kenderaan JHEOA)," ujarnya.

Berkongsi pengalaman dengan wartawan, beliau pernah melihat seorang wakil rakyat BN cuba membeli undi daripada Orang Asal dari Kampung Gerachi Jaya.

"Di Kampung Gerachi, ada YB dari Pekan datang, saya tak tahu siapa dia (tapi) dia minta semua Orang Asli sokong BN kalau nak duit banyak."

Menurut Nurul Jazelin, 52, sukarelawati Orang Asal dari Rompin pula mempersoalkan kempen BN menggunakan duit ke atas juvana Orang Asal.

"Anak-anak Orang Asal di Hulu Selangor diajar dengan duit, bila kami turun berkempen, anak-anak Orang Asal berjumpa kami dan minta duit saja," ujarnya.

Akibatnya, menurut beliau, mengakibatkan Orang Asal tidak lagi berpegangan hidup seperti sebelum berlangsungnya pilihan raya kali ini.

"JHEOA menggunakan kanak-kanak Orang Asal ini dengan mengajar mereka tentang duit-duit sahaja sehingga mereka tidak seperti dulu,” katanya.

Melihat penyalahgunaan kuasa oleh pegawai-pegawai kanan JHEOA di sini, Ramli Rugam, 28, pula dalam nada menyindir menganggap JHEOA seakan menjadi parti komponen baru dalam BN.

"Saya dapati di sini sudah ada parti baru, JHEOA di Serendah," ujarnya.

Menurut beliau, dakwaan tersebut bukanlah dibuat atas pertimbangan politik.

Sebaliknya, beliau sendiri mempunyai pengalaman yang tersendiri melihat bagaimana seorang pegawai JHEOA berkempen mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kampung Serendang, Ulu Mlaka, di sini.

"Seorang (pegawai) JHEOA bermain teka teki siapa Perdana Menteri Malaysia (dan) seorang anak Orang Asal beri jawapan betul, Najib jentera BN beri RM10," beliau menambah.

Tuntas dari itu, beliau menganggap layanan JHEOA dan BN sendiri seolah-olah menghina maruah keturunannya tanah air.

Read more...

LU KANTOI BEB...!

Rabu, 21 April 2010



Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin hari ini tidak mahu diheret dalam kancah serangan peribadi yang membabitkan beberapa pemimpin didakwa minum arak. Mangsa pertama yang diserang adalah calon PKR bagi pilihan raya kecil Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim. Bekas menteri itu kemudiannya terpaksa akur dan membuat pengakuan dia memang terjebak ketika muda dulu.

Semalam, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang mencabar Umno dan menteri-menteri kabinet beragama Islam untuk tampil membuat pengakuan bahawa mereka tidak pernah meminum alkohol, khususnya semasa muda. Sasaran utama Lim adalah Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Apabila ditanya oleh wartawan di lobi parlimen, hari ini, mengenai sekeping gambar di Internet, Khairy cuba mengelak menjawab secara langsung. Gambar berkenaan menunjukkan rakaman seorang lelaki yang tidak dikenali dengan dua wanita dengan beberapa gelas minuman beralkohol di meja mereka.

Berikut wawancara berkenaan.

Wartawan: Adakah Pakatan hiprokit kerana menyerang BN berhubung kontroversi arak itu?

Khairy:
Jika saya melayan soalan ini, ia akan berlarutansepanjang kempen Hulu Selangor. Anda juga sepatutnya dipersalahkan kerana bertanyakan mereka soalan berkenaan dan kemudiannya mengajukannya kepada saya. Cukupla. Saya saya jawap ia akan berlarutan.

Adakah anda menyalahkan media?

Anda cuba memaksa saya berkata-kata demikian. Saya tidak kata saya menyalahkan media. Anda cuba membuat saya berkata-kata demikian.

Jadi, apabila merujuk kepada 'anda juga' siapa mereka sebenarnya?
Semua pihak - politik dan juga media. Perkara ini semakin tidak terkawal. Jika anda ingin menghentikannya dan media mengambil berat terhadap isu itu, anda sepatutnya berhenti daripada membuat laporan daripada kedua-dua pihak. Hentikan kempen propaganda berdasarkan serangan peribadi di kedua-dua pihak dan hentikan heret ahli politik dengan menbdapatkan ulasan mereka. Saya berminat untuk melihat bagaimana anda akan menulis. (Ketika meninggalkan parlimen, Khairy sekali lagi 'diserbu' oleh sekupulan wartawan lain dan ditanya isu yang sama).
Wartawan: YB, Saya berharap anda tak keberatan menjawap soalan...

Khairy: Saya mesti pergi, saya mesti pergi.

Pembangkang menyerang anda dan mendakwa anda juga seorang kaki botol...
Siapa? Saya mesti pergi...Huh? Apa yang perlu diserang?

Boleh komen mengenainya?
Apa yang perlu diserang?

Mereka menggunakan foto yang kontroversial...

Foto kontroversial apa itu?

...menunjukkan seorang lelaki sedang minum...
Adakah saya sedang minum dalam gambar itu? Adakah saya sedang minum dalam gambar itu? Adakah saya sedang minum dalam gambar itu? Adakah saya sedang minum dalam gambar itu? Anda sudah melihat gambar itu?

Ya, saya sudah melihat gambar itu.

Adakah saya sedang minum dalam gambar itu? Adakah saya sedang minum dalam gambar itu?

Saya tidak pasti sama ada orang itu adalah anda...

Saya tidak minum.
(malaysiakini)

Read more...

PEMIMPIN UMNO 'talam dua muka'



KUALA LUMPUR, 21 April: Dewan Muslimat PAS Pusat menyifatkan pemimpin Umno/Barisan Nasional (BN) sebagai 'talam dua muka' apabila bertindak mengungkit segala kisah lampau calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim hanya kerana beliau meninggalkan BN dan menyertai Pakatan Rakyat (PR).

Ketua Penerangannya, Salbiah Abdul Wahab berkata, ternyata Umno/BN sudah ketandusan isu sehinga bertindak meyerang peribadi calon sedangkan mereka tidak akan mempeduli segala sikap buruk seseorang itu apabila ianya berada dalam Umno/BN.

"Inilah Umno/BN yang mempunyai talam dua muka. Meludah ke langit sambil ekor bergelumang dengan tahi.

"Kalau yang minum arak, yang membunuh, yang kuat menerima rasuah, yang suka berjudi, berfoya-foya dan segala perangai buruk dan sifat-sifat buruk itu ada pada para pemimpin Umno/BN, tidak mengapa.

"Tetapi kalau sifat buruk ini ada pada calon Pakatan Rakyat pada waktu dahulu, calon ini dibelasah habis," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata, para pengundi di Parlimen Hulu Selangor perlu menyedari sikap hipokrit Umno/BN itu dan menerima hakikat bahawa Zaid kini bukan lagi Zaid ketika berada dalam Umno/BN dahulu.

Beliau turut mengingatkan para pengundi agar tidak terpengaruh dengan segala janji manis yang ditabur Umno/BN pada pilihan raya kecil kali ini sebaliknya bertindak sebijak mungkin dalam menghadapi godaan Umno/BN.

"Pengundi Hulu Selangor dan rakyat seluruhnya semakin disajikan dengan propaganda yang memualkan dan tawaran-tawaran yang indah dan manis oleh BN.

"Wang ditabur untuk meraih simpati pengundi, kononnya itu wang poket mereka. Kepada para pengundi, kalau susah menolaknya, ambillah wang tersebut kerana itu adalah wang kutipan cukai rakyat yang sepatutnya dipulangkan kepada rakyat dalam bentuk bantuan dan kebajikan. Tetapi pemimpin Umno/BN telah menggunakan hasil kutipan tersebut secara tidak bermoral," katanya.

Justeru, katanya Muslimat PAS menyeru agar para pengundi membuat pilihan yang tepat dengan memilih calon PR pada pilihan raya kecil ini dan mengakui bahawa PR benar-banar mengambil berat kebajikan rakyat.

"Dewan Muslimat ingin mengajak dan merayu para pengundi, insya Allah, Pakatan Rakyat ingin menawarkan kebajikan yang seutuhnya untuk rakyat.

"Rakyat telah boleh menerima hakikat kerajaan yang baru dua tahun ini memang memikirkan kebajikan dan kemudahan rakyat berbanding 50 tahun BN memerintah negara ini khususnya di negeri Selangor ini.

"Kepada para pengundi, gunakan kuasa sakti anda untuk menolak Barisan Nasional pada 25 April ini," katanya.(harakahdaily)

Read more...

OUT...!

Selasa, 20 April 2010




Read more...

AHLI PERLU ADA RASA BANGGA BERADA DALAM JEMAAH - TIMBALAN PJ PERAK

Isnin, 19 April 2010


TELUK INTAN, 19 April - Ahli PAS perlu ada semangat rasa bangga berada dalam jemaah. Mereka juga perlu ada semangat kebersamaan dalam jemaah. Demikian antara isi ucapan yang telah disampaikan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Dr. Haji Khairuddin bin Dato' Abdul Malik. Beliau menyampaikan ucapan bagi merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Teluk Intan kali ke-36 di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan di Kampung Padang Tembak.


Di samping itu, beberapa perkara juga perlu diberi perhatian oleh para pimpinan dan ahli PAS. Antaranya :
  • Berusaha menambah ilmu dalam bidang-bidang tertentu demi meningkatkan kemampuan sebagai pimpinan dan ahli PAS.
  • Memperluas kerja-kerja amal soleh yang lebih terbuka dan lebih luas agar masyarakat dapat menyertai program-program PAS dengan mudah.
  • Dewan-dewan Pemuda dan Muslimat perlu memberi nilai tambah dalam program PAS agar ia lebih segar.
  • Tanamkan rasa bersalah dan berdosa jika jika gagal memberi sumbangan dalam jemaah.

Selain itu, parti perlu mempelbagaikan program serta menghebahkannya agar wujudnya izzah dalam dalam jemaah.

Ketibaan Dr. Khairuddin disambut oleh YB Hj. Anuar dan Sdr. Rizal, AJK Kawasan.

Bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku dan lagu PAS.

"Kadang-kadang, masyarakat tertarik kepada parti apabila mereka melihat akan kehebatan kita. Para pimpinan dan ahli perlu tunjukkan kehebatan masing-masing di samping menganjurkan program-program kemasyarakatan. Barulah orang tertarik menyertai perjuangan kita," jelas beliau.

Beliau juga menyarankan agar ketua-ketua kampung Pakatan Rakyat aktif kembali berkhidmat di kampung masing-masing walaupun PR tidak berkuasa lagi di Perak. Beliau meminta para ketua kampung PR dapat memain peranan di kampung membantu parti terutama dalam program kebajikan dan kemasyarakatan rakyat.

Akhirnya, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu menyimpulkan :

  • perlunya menambah bilangan ahli baru serta meningkatkan kualiti ahli dengan memperkasa aspek tarbiyyah
  • memperkasa dan menggerakkan jentera pilihanraya kawasan dan cawangan
  • menambah dana parti dan pilihanraya
  • setiap sayap parti perlu mendokong setiap program parti
  • membantu sayap baru parti iaitu Dewan Himpunan Penyokong PAS
  • melebarkan sayap Unit Nisa' melalui penglibatan para remaja perempuan di cawangan

Dr. Khairuddin sempat bertemu mantan YDP PAS Teluk Intan, Ustaz Abdul Hir.

Read more...

PERKASA KUANTITI DAN KUALITI AHLI - YDP PAS TELUK INTAN



TELUK INTAN, 19 April - Penekanan kepada aspek tarbiyyah terutamanya usrah amat penting demi memperkasakan kualiti ahli. Oleh itu, setiap cawangan perlu mengambil berat akan program usrah agar para ahli dapat melalui proses pentarbiyyahan dengan sempurna. Demikian antara isi ucapan yang telah disampaikan oleh YDP PAS Kawasan Teluk Intan, Ustaz Haji Ismail bin Che Nik di dalam majlis perasmian mesyuarat agung kawasan. Mesyuarat agung telah diadakan di Markaz PAS Kawasan, Kg. Padang Tembak. Mesyuarat telah dirasmikan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Dr. Khairuddin bin Dato' Malik.

"Oleh kerana itu, para pimpinan cawangan dan kawasan adalah wajib menyertai usrah sama ada di cawangan atau kawasan," tegas beliau lagi.

Di samping itu, para ahli parti perlu berusaha menambah bilangan ahli baru.

"Strategi mencari ahli baru boleh kita laksanakan melalui kaedah 3BAT iaitu kaum kerabat, sahabat dan rakan sepejabat," ujar beliau.





Pada masa yang sama, beliau juga ingin mengingatkan para perwakilan bahawa usaha menuntut pembubaran DUN Perak masih diteruskan. Oleh kerana itu, setiap cawangan atau Unit Peti Undi mesti sentiasa bersedia dengan melakukan gerak kerja pilihanraya terancang mulai sekarang seperti pengumpulan dana dan menambah pengundi baru demi mempertahankan DUN Changkat Jong.

Beliau juga menyatakan bahawa kini sayap parti telah bertambah. Selain daripada Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat, kini telah wujud Dewan Himpunan Penyokong PAS.

"Jika Dewan Pemuda diangap sebagai sayap kanan parti, Dewan Muslimat sebagai sayap kiri parti maka kini Dewan Himpunan akan menjadi ekornya yang berfungsi mengimbangi kekuatan parti," tambah beliau.

Akhir sekali, Ustaz Haji Ismail memaklumkan akan usaha PAS kawasan yang sedang berusaha membeli tanah yang terletak bersebelahan bangunan markaz. Beliau menyeru agar para ahli dapat memberikan sumbangan agar pembayaran tanah dapat diselesaikan secepat mungkin. Di atas tapak tanah tersebut, pihak PAS kawasan bercadang membina sebuah dewan terbuka.

Read more...

TOLAK POLITIK GANAS BN...

Ahad, 18 April 2010



HULU SELANGOR, 18 April: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor amat kecewa dengan budaya keganasan politik oleh penyokong Barisan Nasional (BN) pada hari penamaan calon pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, semalam.


Justeru, ketua penerangannya, Mohd Ezli Mashut menggesa agar pengundi di Hulu Selangor menolak corak keganasan politik BN yang semakin tertekan akibat perpecahan dalaman sesama sendiri yang amat dahsyat.


Baginya, pengundi di kawasan Parlimen Hulu Selangor amat bertuah kerana Pakatan Rakyat menampilkan calonnya iaitu Datuk Zaid Ibrahim seorang individu berjiwa besar yang berintegriti, berwibawa dan prihatin kepada rakyat.

Katanya, para pengundi di Hulu Selangor boleh menilai dua tahun pemerintahan kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat bahawa boleh membawa kemajuan dan kemakmuran kepada rakyat tanpa rasuah dan penyelewengan kuasa.

“Ia berbeza dengan pemerintahan BN yang terus mengamalkan budaya rasuah, terpalit skandal moral dan kerakusan kuasa.


“Akibatnya, BN cuba membawa budaya keganasan politik dengan menggunakan taktik fitnah, kekerasan dan ugutan untuk meraih undi,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Justeru, katanya, AMK Selangor yakin pengundi di Hulu Selangor semakin bijak memilih dan mendapatkan maklumat yang tepat.


Beliau berkata, budaya keganasan politik yang cuba di bawa masuk ke Hulu Selangor oleh BN amat jelas bertentangan dengan nilai keharmonian dan perasaan kasih sayang dalam masyarakat pelbagai agama dan kaum di situ.

Justeru, tambahnya BN perlu ditolak dalam pilihan raya kecil itu yang sudah tidak lagi hormat kepada ketenteraman, kedamaian dan kasih sayang masyarakat pelbagai kaum.


"Pakatan Rakyat membawa gagasan besar di Hulu Selangor untuk membawa masyarakat di sini hidup dalam suasana lebih mesra dan berkasih sayang antara pelbagai kaum tanpa sebarang perasaan prejudis,” katanya(harakahdialy)

Read more...

SAYA TAK HIRAU SERANGAN PERIBADI BN - ZAID



HULU SELANGOR, 18 April — Calon Pakatan Rakyat (PR), Datuk Zaid Ibrahim tidak akan menghiraukan segala provokasi ataupun serangan yang bakal dilakukan pemimpin Barisan Nasional (BN) sepanjang kempen pilihan raya kerusi Hulu Selangor yang bermula secara rasmi semalam.

“Saya tidak suka untuk melabelkan seseorang dan saya tidak kisah sekiranya BN mahu melabelkan saya sebagai apa pun.

“Sebelum ini pun, Muhyiddin (Tan Sri) ada kata saya calon ‘very lightweight’.

“Saya pun tidak tahu mengapa jadi, saya tidak hiraukan sangat tentang perkara itu,” katanya selepas berucap pada program Ceramah Perdana di Taman Desa Kelisa, Ulu Yam Bharu dekat sini malam tadi.

Zahid yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri juga tidak kisah sekiranya BN mahu menyerang secara peribadi kerana bagi beliau ia bukan sesuatu yang penting jika hendak dibandingkan dengan masalah rakyat di Hulu Selangor.

“Mereka (BN) dan serang saya secara peribadi sejak empat tahun lepas lagi... sebab itu saya tidak kisah sekiranya mereka masih ingin melakukannya lagi.

“Selain itu, selama ini pun mereka sudah banyak memfitnah saya sepanjang bersama mereka dahulu. Apa yang penting sekarang saya akan terus berkempen sampai hari pengundian nanti,” katanya.

Zaid menambah, kempen pilihan raya pada hari pertama memang amat memenatkan tetapi beliau gembira kerana kehadirannya diterima dengan baik oleh pengundi Hulu Selangor.

“Saya begitu gembira kerana sambutan yang diterima amat baik dan saya harap ia akan berterusan sehingga minggu depan (hari pengundian).

“Saya hanya sempat tidur sejam sahaja... memang penat sedikit tetapi itu tidak mengapa, yang penting saya gembira melakukannya,” katanya lagi.(malaysiainsider)

Read more...

HARI PERTAMA KEMPEN DICEMARI INSIDEN BALING BOTOL



Bahang kehangatan kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor semakin terasa apabila berlaku ketegangan antara penyokong Pakatan Rakyat dan BN di sebuah padang berdekatan Pekan Kerling, Kuala Kubu Baru, malam semalam.

Pegawai Penyelaras Pakatan Parlimen Hulu Selangor, Ali Rahman berkata kejadian berlaku apabila Pemuda BN didakwa bertindak membaling botol berisi air ke arah hadirin yang lalu lalang untuk mendengar ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat.

Ali mendakwa sebanyak tiga hingga empat biji botol dibaling oleh mereka ke arah hadirin yang berulang-alik di situ. Katanya tindakan provokatif itu dilakukan seramai kira-kira 30 hingga 40 orang Pemuda BN yang berada di pondok panas mereka yang terletak bersebelahan dengan padang berkenaan. Kejadian berlaku sejurus ketibaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sampai ke situ untuk menyampaikan ceramahnya kira-kira jam 11.15 malam. Tiindakan membaling botol itu mencetuskan kemarahan hampir 30 penyokong Pakatan. Mereka kemudiannya meluru ke arah Pemuda BN sambil meminta agar penyokong kerajaan itu memberi kerjasama, menjaga adab dan menghormati program tersebut tanpa sebarang gangguan.

Malaysiakini
turut mendapati beberapa wakil dari Pemuda BN cuba memujuk penyokong mereka agar bertenang dan mengendurkan keadaan. Ketegangan yang berlaku selama 10 minit itu, berjaya ditenteramkan oleh kira-kira 30 anggota polis yang berada di situ termasuk lapan anggota Light Strike Force yang datang beberapa minit kemudian.

Sebelum itu, penyokong BN bersorak dan menjerit tanpa henti bagi mengganggu ucapan beberapa pemimpin Pakatan antaranya Naib Presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub; ahli parlimen Puchong dari DAP Gobind Singh Deo dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar yang sedang menyampaikan ceramah mereka. Selepas campur tangan polis, ceramah malam semalam berjalan lancar dan pemimpin Pakatan menggunakan peluang itu bagi menempelak tindakan Pemuda BN.(malaysiakini)

Read more...

KERAJAAN MALAYSIA JADI 'PAK TURUT' WASHINGTON - PRESIDEN PAS

Sabtu, 17 April 2010



Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 17 April: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) berkata, amat malanglah bagi rakyat dan umat Islam di negara ini kerana mempunyai kerajaan yang menjadi pak turut Washington dengan menzalimi keseluruhan rakyat Iran yang tidak berdosa.

Ini kerana AFP melaporkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pernah mengarahkan syarikat petroleum negara, Petronas untuk memberhentikan penjualan minyak kepada Republik Islam Iran.

Sehubungan itu,tegasnya Perdana Menteri mestilah membuat penafian berhubung perkara itu sekiranya laporan yang dipetik daripada sumber berita AFP itu adalah benar.

Beliau juga mempersoalkan langkah terbaru kerajaan yang turut sama terikut dengan kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat yang berterusan mengenakan sikap ‘double standard’ dalam menguruskan isu pembangunan teknologi nuklear sebagaimana yang disimpulkan dari Nuclear Summit 2010 yang dianjurkan oleh pentadbiran Washington.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, Malaysia seharusnya mengambil sikap yang sama dengan Republik Turki yang konsisten, berani dan tegas bahawa hak penyelidikan dan pembangunan teknologi nuklear untuk tujuan keamanan tidak seharusnya diganggu-gugat oleh mana-mana pihak.

Tambahnya, apa yang paling dikesalkan ialah regim zionis haram Israel yang terbukti telah dan sedang bertindak ganas tanpa batas tamadun manusia pula dibiarkan bermaharajalela dengan mempunyai teknologi nuklear sekian lama tanpa pula dikecam oleh mana-mana pihak di Washington.

“Inilah yang sebenarnya menjadi punca krisis keamanan dunia di waktu ini.

“Apa yang lebih buruk ialah dalam masa yang sama, kerajaan Malaysia juga telah gagal untuk menyuarakan tekanan kepada regim zionis Israel dalam persidangan di Washington itu,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Read more...

HUSAM MUSA SAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA KELUARGA MENDIANG SIVA

Khamis, 15 April 2010



LANGKAP, 15 April - Kunjungan demi kunjungan tidak putus-putus ke atas keluarga mendiang Siva, Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak yang telah ditembak mati dengan kejam bulan lalu. Ini membuktikan betapa rakyat bersimpati atas apa yang berlaku ke atas keluarga mendiang tanpa mengira kaum dan agama.

Pagi tadi, atas nama Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Paduka Husam Musa dan Kijang Care Sdr. Haji Mohd. Azhar Rafaei telah mengunjungi rumah keluarga mendiang di Langkap. Semasa tiba di rumah, isteri mendiang, Kala tiada di rumah kerana bekerja. Beliau telah disambut oleh anak lelaki mendiang bernama Vijay.

Sdr. Haji Azhar telah bertanya khabar keadaan keluarga mendiang dan keadaan keluarga selepas ketiadaan bapa.


Haji Azhar menjelaskan isi surat Datuk Paduka Husam Musa kepada Vijay.



Kemudian, bagi mewakili Datuk Paduka Husam Musa dan Kijang Care, Sdr. Haji Azhar telah menyampaikan surat ucapan takziah dan simpati daripada Datuk Paduka Husam Musa serta menyampaikan sumbangan kepada anak mendiang. Beliau memaklumkan akan simpati pihak Kijang Care dan Datuk Paduka Husam Musa akan kematian mendiang Siva, seorang pimpinan DHPP Perak yang gigih dan aktif.

Read more...

TERIMA KASIH SEMUA - ADUN CHANGKAT JONG

Rabu, 14 April 2010



TELUK INTAN, 14 April - Setelah tujuh hari berada di Wad 2D Hospital Teluk Intan, alhamdulillah akhirnya ADUN Kawasan Changkat Jong YB Haji Mohd. Anuar bin Sudin dibenarkan keluar petang tadi. Beliau telah dimasukkan pada tengah malam hari Khamis minggu lepas setelah pundi kencing dijangkiti kuman.

Wajah beliau kelihatan ceria ketika meninggalkan wad. Sepanjang beliau berada di hospital, beliau dan isteri, Puan Hajjah Faridah Rajiah tidak putus-putus menerima kunjungan para tetamu yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama. Cukup membuktikan bahawa ADUN Changkat Jong ini sangat disayangi rakyat.


YB Anuar dan isteri sempat bergambar kenangan bersama kakitangan di Wad 2D sebelum keluar.

Dalam pertemuan singkat petang tadi, beliau dan isteri mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah mengunjungi beliau sewaktu berada di wad. Beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada setiap pimpinan PAS semua peringkat, ahli-ahli PAS, pimpinan PR, Dewan Himpunan Penyokong PAS, ahli-ahli politik, sanak saudara serta semua rakyat yang telah mendoakan akan kesejahteraan kesihatan beliau.


Tinggal kenangan katil nombor 27 di Wad 2D.

"Terima kasihlah kepada semua. Berkat doa semua, alhamdulillah kesihatan saya semakin baik," kata beliau.

Tidak lupa juga, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Hospital Teluk Intan yang telah memberikan layanan yang baik semasa beliau berada di sana.

"Saya amat berterima kasih kepada para doktor, jururawat serta kakitangan Hospital Teluk Intan yang sentiasa memberikan layanan yang baik dan mesra terhadap saya dan isteri," ujar ADUN Changkat Jong.

Isteri beliau, Puan Hajjah Faridah turut merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua yang hadir dan prihatin akan keadaan kesihatan suaminya. Beliau juga amat menghargai akan sokongan para muslimat sepanjang menjaga suami beliau di wad.

Turut menyatakan ucapan terima kasih ialah pembantu khas ADUN, Haji Mohammmad Akram. Beliau menghargai akan keprihatinan masyarakat Teluk Intan akan kesihatan YB Hj. Anuar. Beliau berharap orang ramai sama-sama mendoakan agar kesihatan ADUN Changkat Jong akan bertambah baik dan dapat meneruskan tugas berbakti kepada pengundi di kawasan Changkat Jong.

Read more...

Masalah sosial pelajar: Di mana silapnya?

Isnin, 12 April 2010


Johari Jaafar

Cerita tentang pelajar sekolah melakukan perbuatan tidak bermoral terutama bercunbu-cumbuan dengan temam lelaki bukan satu cerita yang anih. Malah sudah ramai pelajar perempuan di sekolah menengah mahupun di Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang sudah mengadakan hubungan seks dan akhirnya mengandung anak luar nikah.

Apa hendak jadi dengan pelajar kita sekarang ini, nafsu mengatasi segala galanya. Mereka tidak takut pada dosa. Mereka tidak dengar nasihat ibubapa lagi. Bagi mereka teman lelakinya adalah segala galanya.

Oleh kerana sejambak budi tergadai `body'. Sudah terlanjur baru hendak terngadah, bila nasi sudah menjadi bubur, perut sudah mula membuncit, apa hendak dikata, salah sendiri.

Baru-baru ini cerita seorang pelajar perempuan berumur 15 tahun di Hulu Terangganu yang melakukan hubungan seks lebih 20 kali sejak November tahun lalu dengan teman lelakinya, bekas penagih dadah mengundang padah apabila dia kini disahkan mengandung 12 minggu.

Perbuatan itu terbongkar selepas mangsa yang berasal dari Kampung Pasir Sipol, tampil membuat laporan polis mengatakan dia dirogol pada 27 Februari lalu oleh teman lelakinya berumur 27 tahun, yang juga Orang Kena Perhatian (OKP) oleh Agensi Anti-dadah Kebangsaan (AADK).

Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Tengku Hamzah Tengku Abdullah berdasarkan laporan, mangsa keluar rumah Sabtu lalu, kira-kira jam 11 malam untuk berjumpa teman lelakinya di Kampung Kepah dan pertemuan itu menyebabkan dia dirogol sebanyak dua kali.

Kejadian itu diketahui ibu mangsa kira-kira jam 11.30 pagi keesokan harinya (Ahad) yang kemudian memaksanya mangsa ke balai polis untuk membuat laporan.

Namun, hasil siasatan awal mendapati mangsa sebenarnya telah melakukan hubungan seks secara sukarela lebih 20 kali.

Ini semua berkisar kepada soal cinta, jatuh cinta, betul lah kata orang tua tua, bila jatuh cinta tak kenal botol kicap dan botol cuka. Bila hati sudah sayang, mereka sanggup melakukan apa sahaja. Cinta memerlukan pengorbanan, kerana itu mereka sanggup korbankan 'body' dan maruah demi cinta sejati.

Pelajar perempuan terlalu mudah terjerumus, di samping mereka mungkin juga terpengaruh dengan filem-filem yang menonjolkan adegan yang tidak sepatutnya.

Ibu bapa tidak harus dipersalahkan 100 peratus kerana masa pelajar ini lebih banyak di luar dari di rumah. Macam mana ibubapa hendak mengawal sedangkan pengaruh di luar lebih mengatasi pengaruh ibu bapa.

Mereka lebih mendengar kata-kata kawan rapat atau kekasih mereka dari ibu bapa mereka sendiri. Kalau hati sudah suka, ke mana pun mereka sanggup pergi.

Inilah padahnya bila sudah terlalu sayang kepada teman lelaki, mereka sanggup tinggalkan ibu bapa. Tidak sekadar ini, mereka sanggup melakukan penzinaan atas dasar suka sama suka. Mereka kata suka sama suka tak apa, tetapi bila perut sudah membuncit baru tahu apa akibatnya.

Didikan agama dari awal penting dalam menghindari perkara jijik begini, tetapi didikan agama juga tidak mampu mencegah perkara ini jika faktor faktor luaran tidak dikawal.

Kerajaan perlu memastikan suasana di luar tidak mengundang kepada gejala maksiat, program-program yang mungkar perlu disekat, pergaulan bebas lelaki dan perempuan juga perlu dikawal, melalui pergaulan bebas lelaki dan perempuan inilah yang akan mendorong kepada gejala maksiat.


Read more...

About This Blog

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP