KOC WANITA : TAHNIAH DARIPADA PAS..!

Khamis, 29 April 2010



Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan tahniah kepada pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kerana memperkenalkan gerabak khas untuk penumpang wanita KTM Komuter. Ini adalah satu penghormatan kepada kaum wanita dan keunikan buat sistem pengangkutan awam dinegara ini.

PAS amat menyokong langkah ini kerana ia mampu memberikan keselesaan kepada penumpang wanita yang selama ini terpaksa berhimpit-himpit dengan penumpang lelaki khususnya ketika waktu puncak. Malah langkah ini dapat mengurangkan masalah ganguan seksual kepada penumpang wanita.

Langkah ini menepati syariat Islam yang meletakan wanita ditempat paling istimewa yang perlu dilindungi dan dilayani dengan sebaiknya. Kemudahan KTM ini walaupun baru namun diyakini akan mendapat sambutan meluas berikutan jumlah penumpang komuter setiap hari yang ramai.

Perkara ini sudah lama diadakan diluar negara seperti di Jepun dan beberapa negara Eropah. PAS mencadangkan agar selepas ini diwujudkan juga gerabak khas untuk mereka yang bekeluarga dan juga warga emas termasuk golongan OKU bagi memudahkan mereka mendapat perkhidmatan yang lebih baik.

PAS berharap inisiatif ini juga diambil oleh pengusaha pengangkutan awam yang lain agar masalah-masalah penindasan atau pencabulan wanita ditempat awam dapat dikurangkan disamping meningkatkan imej perkhidmatan awam dimata masyarakat.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

2 ulasan:

Unknown 30 April 2010 pada 4:33 PTG  

Asalamualaikum
Syukur Alhamdulilah akhirnya usaha ini berjalan juga.

Bagaimana pula dengan wad atau hospital bersalin

Bagi saya ini adalah perkara asas dalam pembentukan ummah di Malaysia.

Ini bukan soal darurat atau tidak. Ini persoalan mengenai Islam.
Jangan kita terlalu mempermudahkan Islam sehingga semua benda dipermudahkan.

Ini adalah mengenai aurat besar pada wanita. Cuba bayangkan ketika wanita muslim sedang sakit hendak bersalin.

Ia terpaksa mendedahkan aurat terbesarnya pada sesiapa saja yang ada di wad bersalin tak kira pada doktor lelaki atau wanita.

Cuba bayangkan aurat besar tersebut yang selama ini ditunjukkan pada suami sahaja dan pada hari hendak bersalin ditujukan pada semua yang ada di wad tersebut.

Ini tak termasuk kes doktor pelatih praktikal yang mengerumuni katil wad bersalin ketika pesakit nak bersalin.

Akhirnya kehormatan isteri kita yang dijaga terpaksa dipertontonkan juga pada mereka yang ada di wad tersebut.

Antara prosedur dari memeriksa "jalan" dengan jari dilakukan oleh doktor lelaki dan dibantu oleh jururawat sehingga selukan mengambil uri dan proses menjahit dilakukan oleh doktor lelaki.

Kita hanya mampu menatap apa yang dilakukan tanpa daya usaha disebabkan tiada wang yang banyak untuk menghantar isteri kita ke klinik swasta.

Etika kedoktoran dalam Isam tidak diamalkan.'

Bagaimana pula dari segi psikologi wanita bersalin yang disambut oleh doktor lelaki berkali kali. Suami tolong peka sedikit benda ini. Ia merasa sentuhan dari lelaki lain ketika hendak bersalin walaupun kedaan sakit.

Adakah ini dikatakan fitnah terhadap wanita di akhir zaman. Wanita Islam terpaksa menunjukkan auratnya dikala ia tidak mampu mengubahnya disebabkan ketiadaan wang.

Adakah ini penghinaan terhadap wanita?

Saya juga hairan kenapa dalam hal yang asas begini ngo ngo wanita tidak bantah. Adakah mereka rela, tidak malu atau terlepas pandang atau bagi mereka "aurat besar" tersebut bukannya aurat yang perlu dijaga.

Parti politik tolong sensitif bab ni jangan fikir soal undi sahaja

Ana Muslimah 30 April 2010 pada 6:50 PTG  

Pandangan sdra amat baik utk kita sama-sama fikirkan.Terima kasih.

Catat Ulasan

About This Blog

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP