HUSAM MUSA SAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA KELUARGA MENDIANG SIVA

Khamis, 15 April 2010



LANGKAP, 15 April - Kunjungan demi kunjungan tidak putus-putus ke atas keluarga mendiang Siva, Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak yang telah ditembak mati dengan kejam bulan lalu. Ini membuktikan betapa rakyat bersimpati atas apa yang berlaku ke atas keluarga mendiang tanpa mengira kaum dan agama.

Pagi tadi, atas nama Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Paduka Husam Musa dan Kijang Care Sdr. Haji Mohd. Azhar Rafaei telah mengunjungi rumah keluarga mendiang di Langkap. Semasa tiba di rumah, isteri mendiang, Kala tiada di rumah kerana bekerja. Beliau telah disambut oleh anak lelaki mendiang bernama Vijay.

Sdr. Haji Azhar telah bertanya khabar keadaan keluarga mendiang dan keadaan keluarga selepas ketiadaan bapa.


Haji Azhar menjelaskan isi surat Datuk Paduka Husam Musa kepada Vijay.



Kemudian, bagi mewakili Datuk Paduka Husam Musa dan Kijang Care, Sdr. Haji Azhar telah menyampaikan surat ucapan takziah dan simpati daripada Datuk Paduka Husam Musa serta menyampaikan sumbangan kepada anak mendiang. Beliau memaklumkan akan simpati pihak Kijang Care dan Datuk Paduka Husam Musa akan kematian mendiang Siva, seorang pimpinan DHPP Perak yang gigih dan aktif.

0 ulasan:

Catat Ulasan

About This Blog

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP