3000 AMAH KE MALAYSIA SETIAP BULAN....??!!
Ahad, 27 Jun 2010
Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing (PAPA) membawa masuk antara 2,000 dan 3,000 pembantu rumah warga asing sebulan dari beberapa negara lain bagi memenuhi permintaan majikan di negara ini sejak Indonesia membekukan perkhidmatan itu ke Malaysia setahun lepas.
Presidennya Alwi Bavutty berkata sejak pembekuan pembantu rumah dari Indonesia pada Jun tahun lepas, PAPA mula membawa masuk pembantu rumah dari Kemboja, Vietnam dan Filipina bagi memenuhi permintaan.
Bagi mendapatkan khidmat mereka, beberapa agensi yang menyediakan perkhidmatan pembantu rumah asing Malaysia dibawa ke negara berkenaan untuk melatih calon pembantu rumah dengan kerjasama agensi tempatan sebelum mereka dibawa masuk ke negara ini.

"Kita perlu memastikan mereka berkelayakan sebelum dibawa bekerja ke negara ini," katanya ketika dihubungi Bernama di Kuala Lumpur.
Menurutnya pada ketika ini, terdapat kira-kira 300,000 pembantu rumah Indonesia yang masih bekerja di Malaysia.
Alwi berkata kebanyakan pembantu rumah dari Kemboja, Vietnam dan Filipina bukan beragama Islam kerana sebahagian besar permintaan untuk mendapatkan pembantu rumah ini adalah dari kalangan kaum Cina.
"Walaupun masih kurang cekap jika dibanding dengan pembantu rumah Indonesia yang dahulunya mendominasi pekerjaan ini, saya percaya mereka akan mahir jika terus dilatih," katanya.(malaysiakini)
0 ulasan:
Catat Ulasan