MURSYIDUL AM RASMI LAJNAH SENI% BUDAYA PAS PUSAT

Sabtu, 12 Jun 2010


PENGKALAN CHEPA, 11 Jun - Konsert Naskah Cinta malam ini akan dirasmikan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Konsert yang diadakan khusus di Muktamar PAS Pusat Kali Ke-56 malam di perkarangan Dewan Putik ini sempena pelancaran Lajnah Seni dan Budaya PAS Pusat.

PAS mengiktiraf hiburan berunsur Islam, atas dasar itu Lajnah Seni dan Budaya PAS Pusat telah diwujudkan dan dipengerusikan oleh Dr Dzulkefly Ahmad.

Dr. Dzulkefly dalam risalah konsert itu berkata, bersesuaian dengan perkembangan politik PAS yang menghayati Islam yang syumul, PAS telah menampilkan tanggungjawab yang baru itu untuk dijadikan sebagai medan baru.

Katanya, PAS juga akan merumus serta mempromosikan satu tasawur tentang seni dan budaya dari perspektif Islam.

"Kita berharap lajnah ini menjadi wadah kepada penggiat seni dan peminat memahami pengertian sebenar seni menurut Islam di samping mendampingi PAS,"ujarnya.

Konsert itu akan diketuai oleh Mua’dz Dr. Dzulkefly Ahmad bersama beberapa penampilan Dato' A.Samad Said, Dinsman dan Razin Mestica.

0 ulasan:

Catat Ulasan

About This Blog

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP