DHPP TELUK INTAN AKAN JAYAKAN MISI PAS FOR ALL

Khamis, 3 Jun 2010



TELUK INTAN, 1 Jun - Setelah penubuhan secara rasmi DHPP di Klang baru-baru ini, PAS Kawasan Teluk Intan merintis pertemuan ramah mesra dengan DHPP Teluk Intan.

Program telah diadakan di Markas PAS Kawasan Teluk Intan telah dihadiri oleh lebih 50 orang ahli DHPP yang terdiri dari kaum India dan Tionghua. Pimpinan kawasan yang terdiri daripada YDP Ustaz Hj. Ismail bin Che Nik, Ketua Lajnah Perpaduan Nasional Kawasan serta ADUN Changkat Jong telah menyampaikan ucapan yang berkisar tentang peranan yang boleh dimainkan secara aktif oleh DHPP.


Amanat daripada YDP PAS Teluk Intan.


Wakil Pemuda DHPP, Sdr. Prakash turut menyampaikan ucapan dengan bersemangat.



Dalam majlis tersebut pihak DHPP turut menyampaikan ucapan melalui wakil mereka iaitu Sdr Suryanarayanan, Sdr Richard Wong dan Sdr Prakash. Mereka melahirkan rasa gembira kerana kini mereka telah diterima sebagai sebahagian dari komuniti PAS dan berjanji akan melaksanakan misi PAS For All.

Sebelum ini, walaupun atas status Kelab Penyokong PAS, kerjasama di antara pihak PAS Kawasan Teluk dan DHPP Teluk Intan sememangnya amat baik sekali. Malah, begitu banyak juga kerja-kerja kebajikan yang melibatkan kaum bukan Melayu dapat ditangani dengan baik oleh pihak DHPP Teluk Intan yang dipimpin oleh Sdr. Hacharan Singh.

Ini sekaligus membantu program kebajikan yang dilaksanakan oleh ADUN Changkat Jong, YB Hj. Mohd. Anuar bin Sudin. Maka tidak hairanlah jika dikatakan bahawa DHPP Teluk Intan merupakan antara DHPP yang paling aktif di negeri Perak.


Bergambar kenangan mengukuh ukhuwwah.


Wanita tionghua DHPP turut hadir.

Ihsan : http://hjazhar.blogspot.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

About This Blog

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP