TAHNIAH PM WANITA AUSTRALIA YANG BARU

Isnin, 28 Jun 2010

KENYATAAN MEDIA LAJNAH ANTARABANGSA DPPP
TAHNIAH PERDANA MENTERI WANITA AUSTRALIA YANG BARU
28 Jun 2010 / 15 Rejab 1431


Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Pusat (LA DPPP) mengucapkan tahniah kepada Puan Julia Gillard kerana terpilih sebagai Perdana Menteri Australia yang baru menggantikan Kevin Rudd. Pelantikan ini adalah sebagai tanda pengiktirafan golongan wanita sebagai pemimpin negara.


LA DPPP berharap Perdana Menteri Australia akan membuka satu lembaran politik serta hubungan dagang yang lebih erat antara negara-negara serantau. Adalah diharapkan, hubungan antara Australia dengan negara-negara umat Islam khususnya di Asia dapat diperbaiki. Selama ini persepsi yang buruk serta sikap prejudis dunia barat terhadap dunia Islam yang menyebabkan kesan buruk terhadap dunia Islam.


Australia juga diharapkan bersikap lebih toleransi dan terbuka terhadap penduduk Australia yang beragama Islam serta amalan penganutnya. Dialog terbuka atas isu keamanan dan kesejahteraan perlu diadakan bagi memahami budaya dan amalan penganut agama khususnya umat Islam agar tidak timbul salah faham dan persepsi yang negatif.


LA DPPP amat mengagumi usaha Australia mengangkat isu hak asasi manusia, keadilan sosial dan pembanterasan rasuah di kalangan pemimpin dan rakyat. Sememangnya Australia terkenal antara negara di benua Asia yang bersih dari amalan rasuah. Semoga usaha yang telah didahulukan oleh Perdana Menteri sebelum ini, Kevin Ruud dapat diteruskan oleh Perdana Menteri yang baru.


Akhir sekali, LA DPPP mengucapkan tahniah sekali lagi di atas pelantikan Puan Julia Gillard sebagai Perdana Menteri Australia yang baru.


DR RAJA AHMAD AL HISS
Pengerusi Lajnah Antarabangsa
Dewan Pemuda PAS Pusat

0 ulasan:

Catat Ulasan

About This Blog

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP