ADUN CHANGKAT JONG BANTU IBU TUNGGAL DI BATAK RABIT
Rabu, 5 Mei 2010
TELUK INTAN - Kehilangan ketua keluarga menyebabkan kehidupan seorang isteri menjadi perit kerana terpaksa mengerah keringat untuk menyara empat anak.
Seorang ibu tunggal, Zakiah Mat Nor berkata, kehidupan sebagai ibu tunggal cukup mencabar lebih-lebih lagi jika mempunyai masalah kesihatan.
Menurutnya, sejak kematian suami setahun lalu, kehidupannya menghadapi kesukaran kerana hilang punca pendapatan.
“Sebelum ini saya bekerja tetapi setelah mengalami kecederaan di tempat kerja saya berhenti dan menjadi suri rumah sepenuh masa.
“Jika mahu mengharapkan anak, masih ada yang bersekolah dan baru sahaja bekerja, jadi saya terpaksa bergantung kepada bantuan yang saya terima,” katanya.
Zakiah berkata demikian kepada Sinar Harian di Kampung Batak Rabit, di sini, ketika dikunjungi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jong, Mohd Anuar Sudin bersama Pas Cawangan Batak Rabit.
Katanya, semasa mengalami kecederaan pada jarinya, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) memberikan RM1,000 dan wang itu digunakan untuk membeli ubatan.
“Lebih membebankan apabila saya disahkan menghidap penyakit kencing manis dan lelah.
“Disebabkan penyakit yang semakin teruk dan faktor usia membuatkan makcik tidak dapat membuat kerja tambahan untuk menampung beban keluarga,” katanya.
Zakiah berkata, Baitulmal ada memberikan bantuan bulanan RM200 sejak setahun lalu dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut menghulurkan bantuan sebanyak RM200 sebulan.
Bagaimanapun, menurutnya, kemungkinan besar bantuan JKM akan ditamatkan kerana berlaku pertindihan disebabkan dia menerima bantuan daripada Baitulmal.

0 ulasan:
Catat Ulasan