AL FATIHAH - ANGGOTA UNIT AMAL TELUK INTAN MAUT KEMALANGAN JALAN RAYA

Khamis, 6 Mei 2010

TELUK INTAN, 5 Mei - Seorang anggota Unit Amal Teluk Intan, dikenali sebagai Mohd. Hafiz bin Jamali telah meningggal dunia pagi tadi akibat terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Menurut Ketua Unit Amal Teluk Intan, Shahrul Iman, kemalangan itu berlaku kira-kira jam 8 pagi tadi. Kemalangan tersebut berlaku di jambatan batu lima di mana motosikal yang ditunggangi Hafiz telah bertembung dengan sebuah lori kontena yang telah terbabas memasuki lorong bertentangan.

Menurut Setiausaha PAS Cawangan Desa Bakti, Sdr. Hisham, akibat kemalangan itu, arwah Hafiz dan motosikalnya telah terperosok ke bawah lori dan beliau telah meninggal dunia di tempat kejadian.

Sehingga berita ini ditulis (jam 11.15 pagi) mayat Mohd. Hafiz masih lagi berada di Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat.

Pihak PAS Kawasan Teluk Intan dan ADUN Kawasan Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin mengucapkan takziah dan rasa simpati kepada keluarga Mohd. Hafizi yang menetap di Taman Desa Bakti, Teluk Intan.

1 ulasan:

PAKTIM 7 Mei 2010 11:01 PG  

al faatihah...semoga keluarga arwah dapat bersabar dgn dugaan ini....innalillahi wainnailaihiroojiinn

Catat Ulasan

About This Blog

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP