AMINULRASYID MENINGGAL DI ATAS RIBA SAYA - RAKAN

Selasa, 4 Mei 2010



SHAH ALAM:
Rakan kepada kepada remaja berusia 15 tahun, Aminulrasyid Amzah, yang mati akibat terkena tembakan polis pada 26 April lepas berkata remaja berkenaan meninggal dunia di atas ribanya.

Menceritakan semula mengenai kejadian tragis itu, Azamuddin Omar mendakwa dia dan rakannya telah cuba melarikan diri daripada sekumpulan penunggang motosikal yang mengekori mereka.

Azamuddin turut mendakwa mereka telah diserang oleh polis selepas itu.

Mengimbas semula kejadian tersebut, dia berkata Aminulrasyid telah mengajaknya keluar minum di Seksyen 7 pada malam itu.

Ketika dia sedang memandu keluar daripada sebuah restoran Ali Corner, Aminulrasyid ternampak sebuah kereta di seberang jalan.

“Aminulrasyid berkata dia mahu terus pulang ke rumahnya di Seksyen 11,” kata Azamuddin pada sidang media yang diadakan oleh keluarga Aminulrasyid di sini semalam.

Sebaik tiba di Seksyen 11, Azamuddin mendakwa lima buah motosikal mengekori mereka.

Kedua-dua remaja lelaki berkenaan mengambil keputusan untuk melarikan diri daripada tempat kejadian.

Selepas itu, Azamuddin berkata Aminulrasyid telah memintas sebuah kereta polis di hadapan sebuah kompleks.

Bagaimanapun, polis mula mengejar mereka sehingga tiba di sebuah stesen minyak Caltex berhampiran dengan rumah Amirulrasyid.

“Saya terdengar bunyi tembakan ketika kami sedang memandu melepasi satu simpang jalan. Sebaik sahaja kami sampai di persimpangan ke Jalan Tarian polis telah menembak tayar dan kereta yang kami naiki,” kata Azammuddin.

Dia mendakwa Aminulrasyid tidak mahu memberhentikan kenderaan dan mahu terus memandu sehingga tiba di rumahnya.

Dalam tempoh masa tersebut, polis masih terus melepaskan tembakan ke arah mereka.

“Amirulrasyid mati di atas riba saya selepas sebutir peluru menembusi kepalanya tetapi kereta itu masih bergerak kerana kakinya menekan pedal minyak,” katanya.

Selepas kereta itu merempuh sebuah dinding konkrit Azamuddin berkata dia keluar daripada kenderaan dan jatuh ke dalam sebuah longkang.

Pada ketika ini dia mendakwa seorang anggota polis menyerangnya, dan selepas itu diikuti oleh empat pegawai polis yang lain.

“Saya berjaya melarikan diri dan pulang ke rumah. Selepas melihat berita di televisyen mereka menuduh kami merupakan perompak saya telah pergi ke balai polis dan membuat laporan di sana,” katanya ketika bercakapa pada sidang akhbar dalam nada suara yang perlahan.

Dia menjawab setiap soalan yang diajukan kepadanya dengan tenang.

Ibu Aminulrasyid Norsiah Mohamad, 60, yang duduk bersebelahan adakalanya dilihat menangis dalam diam.

Azammuddin turut menunjukkan lebam-lebam yang didakwa akibat daripada serangan yang dilakukan oleh polis terhadapnya.

Remaja berkenaan turut hadir ke sekolah seperti biasa dan menerima sesi kaunseling bagi melupakan kejadian malang tersebut.

Pada 26 April lalu, Aminulrasyid telah ditembak pada pukul 2 pagi selepas dia dikatakan cuba mengundurkan kereta yang dipandunya daripada sekatan pihak polis. (mstaronline)

0 ulasan:

Catat Ulasan

About This Blog

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP