HJ. NIZAR LAWAT PASAR TANI DAN PASAR TELUK INTAN

Ahad, 16 Mei 2010


TELUK INTAN, 16 Mei - Diari Hj. Nizar memanglah sentiasa penuh. Namun, sebagai seorang wakil rakyat apatah lagi masih dianggap sebagai Menteri Besar Perak yang sah, itu tidak menjadi penghalang kepada beliau untuk mengambil masa walaupun sedikit untuk bertemu dengan rakyat.

Malam tadi beliau berceramah di Bagan Datoh. Esoknya, beliau solat Subuh bersama-sama di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan di Kg. Padang Tembak. Selepas itu, beliau menyampaikan kuliah Subuh sehingga jam 7.30 pagi.

Sepatutnya pagi itu, beliau akan merasmikan mesyuarat agung tahunan PAS Kawasan Pasir Salak. Namun, atas permintaan beliau, dengan masa yang sedikit itu, beliau ingin bertemu rakyat di Pasar Tani.

Maka dalam tempoh satu jam, Hj. Nizar dengan diiringi ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin serta pimpinan PAS Kawasan, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat telah mengunjungi Pasar Tani Teluk Intan yan terletak di tengah-tengah pusat bandar.

Habis semua gerai di singgahi beliau. Semua pengunjung habis disalami dan disapa oleh beliau. Berjumpa dengan setiap rakyat berbilang kaum. Menggunakan pelbagai bahasa mengikut siapa yang ditemui.

Setiap pengunjung yang menyedari kehadiran beliau pasti terus menghampiri dan bersalaman dengan Hj. Nizar. Bagi yan tidak sedar, beliau sendiri yang menyapa pengunjung tersebut. Memang satu suasana yang mengejutkan dan mengujakan bagi para pengunjung dan peniaga.

Kehadiran Hj. Nizar dan Hj. Anuar nampak begitu disenangi oleh orang ramai. Seorang pengunjung Cina sempat bersuara : Haiya latuk, ini banyak bagus ooo..datang tengok kami...!

Suasana semakin ceria dan mesra apabila Hj. Nizar dapat berbalas-balas bual dengan para pengunjung dan peniaga. Diselang seli dengan gelak ketawa; bergurau senda. Tiada sedikitpun nampak jurang antara wakil-wakil rakyat PR ini dengan orang ramai. Begitu mengujakan...!

Walaupun masa semakin suntuk, namun beliau tidak keberatan untuk meneruskan kunjungan ke Pasar Teluk Intan pula.

Di sana, nampak jelas kehadiran beliau amat disukai oleh orang ramai dan para peniaga. Masing-masing memuji Hj. Nizar dan Hj. Anuar yang sudi menjengah mereka. Siapa sangka, Hj. Nizar tiba-tiba muncul di pasar...!

Beliau mengunjungi setiap gerai di pasar jualan daging dan pasar basah ikan. Kelihatan peluh mula membasahi baju beliau namun senyuman sentiasa terukir di bibir beliau bertemu rakyat.

Ada yang ambil kesempatan mengambil gambar menggunakan telefon bimbit. Teruja...

Akhirnya, tepat jam 9 pagi beliau terpaksa meninggalkan pasar untuk bersiap ke Pasir Salak.

Terima kasih atas kunjungan Dato' Seri ke Teluk Intan....! Walaupun sebentar namun memberikan kenangan yang indah kepada rakyat di Teluk Intan. Jemputlah datang lagi...


0 ulasan:

Catat Ulasan

About This Blog

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP