ULASAN PRESIDEN PAS BERKENAAN ISU LESEN JUDI BOLA

Khamis, 13 Mei 2010



Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, langkah pihak kerajaan memperkenalkan lesen judi sukan dalam negara pada masa sekarang ini adalah satu tindakan yang jauh menyimpang dari ajaran Islam dan tatacara kehidupan yang diterima dalam masyarakat Malaysia pada waktu ini.

Ianya menggambarkan bahawa kerajaan pimpinan Umno-BN yang ada pada waktu sekarang ini telah bankrap idea dan sedang membawa negara mundur ke belakang ke arah yang lebih jauh dari ajaran Islam.

Inilah yang dirancang oleh penjajah dan Umno yang menjadi tulang belakang kerajaan yang ada di waktu ini telah membawa semakin banyak perkara-perkara negatif selepas negara mencapai kemerdekaan, malah lebih banyak dari yang dilaksanakan oleh penjajah itu sendiri, katanya dalam satu kenyataan.

Hasilnya, kata beliau, wajah Islam yang cuba dibawa oleh Umno dengan mendirikan masjid, pusat Islam dan aktiviti keagamaan ini menjadi topeng dan tempelan kosmetik sahaja, dan dalam masa yang sama mereka merobek Islam dari belakang.

Akibatnya Umno juga telah menunjukkan satu wajah yang sangat salah dengan hakikat tasawwur ajaran Islam yang sebenar, katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, beliau mengajak orang Melayu beragama Islam untuk memahami bahawa di sana terdapat perbezaan di antara Islam dengan bangsa. Islam adalah agama untuk seluruh manusia tanpa mengira bangsa dan kaum.

2 ulasan:

Briged Akhdor LR2 13 Mei 2010 pada 11:50 PTG  

salam ziarah kembali..inilah umno apco yg sblm nie bersama yahudi skg mmghalalkan judi plak ..itupun ramai lg org islam melayu yg support ..aaperpun kita ersama pastikan umno hancorr pru3 nie ..

blog yg manthop nie dpt diserikan lg dgn linkkan blog sy http://briged-akhdor.blogspot.com/ insyaallah dpt eratkan ukhwah sesama kita..tq sudi kunjung blog sy

Ana Muslimah 14 Mei 2010 pada 7:22 PG  

Terima kasih mengunjungi blog kami. BN will BE END....!

Catat Ulasan

About This Blog

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP