PROGRAM KEBAJIKAN PAKATAN RAKYAT DI KG. BELAKANG KILANG PADI TELUK INTAN

Isnin, 3 Mei 2010



TELUK INTAN, 2 Mei - Sekretariat Pakatan Rakyat Teluk Intan telah mengadakan program penyampaian sumbangan dan dialog bersama para penduduk di Kg. Belakang Kilang Padi, dekat bandar Teluk Intan. Di atas semangat PR, beberapa orang wakil parti-parti PR telah hadir bertemu serta berdialog dengan para penduduk di situ.


Timbalan Ketua Cabang PKR Teluk Intan, Sdr. Mohammad Hashim (berbaju gelap) mempengerusikan majlis.

Antara yang hadir ialah Ahli Parlimen Teluk Intan YB Manogaran (DAP), ADUN Changkat Jong YB Hj. Anuar Sudin (PAS), Timbalan Ketua Cabang PKR Sdr. Mohammad Hashim yang juga merupakan bekas Ahli Majlis, Ketua Cawangan PAS Pasir Bedamar Tn. Hj. Hafith Jaafar dan AJK PAS Cawangan Kilang Padi. Program telah diadakan pada jam 9.00 pagi di Dewan Darul Islah, Kg. Kilang Padi.


YB Anuar menjelaskan sesuatu kepada salah seorang penduduk sambil diperhatikan oleh YB Manogaran, Ahli Parlimen Teluk Intan (DAP).


Prihatin dengan masalah rakyat. Kedua-dua wakil rakyat PR melawat sebuah rumah di tepi sungai.



Turut hadir ialah Timbalan Ketua Dewan Muslimat Teluk Intan Pn. Hjh. Faridah Rajiah dan Timbalan Ketua Wanita PKR Cabang, Pn. Rosinah.

Acara bermula dengan ucapan yang disampaikan oleh YB Manogaran dan diikuti oleh YB Hj. Anuar Sudin. Majlis telah dipengerusikan oleh Sdr. Mohammmad Hashim. Kemudian, kedua-dua wakil rakyat tersebut telah menyampaikan sumbangan kepada beberapa orang penduduk di situ.

Berikutnya, majlis dialog bersama penduduk telah diadakan. Penyertaan para penduduk dalam majlis dialog bersama wakil-wakil rakyat amat menggalakkan. Beberapa persoalan, aduan dan cadangan telah dikemukakan. Kebanyakannya berkisar tentang aspek kemudahan awam asas seperti bekalan air, elektrik, masalah longkang dan sebagainya. Segala masalah telah dijawab dengan baik oleh kedua-dua wakil rakyat PR dan telah dicatat untuk tindakan selanjutnya.

Selepas itu, YB Manogaran dan YB Hj. Anuar telah dibawa melawat di sekitar kampung. Mereka sempat singgah ke beberapa buah rumah untuk melihat sendiri masalah rakyat. Mereka juga menziarahi beberapa orang penduduk warga emas yang sakit dan uzur.


Menyantuni seorang penduduk.


Isteri YB Anuar turut hadir bertemu rakyat.

Kehadiran kedua-dua wakil rakyat PR telah membuktikan bahawa PR sentiasa mengambil berat akan aspek kebajikan rakyat walaupun tidak lagi memerintah negeri setelah dirampas BN yang zalim.

Beberapa orang penduduk yang ditemui juga berasa amat berpuas hati akan kehadiran wakil-wakil rakyat mereka. Keprihatinan yang ditunjukkan telah memberikan kelegaan dan harapan kepada mereka untuk menikmati hidup yang sejahtera.

Bagi ADUN Changkat Jong YB Hj. Anuar, walaupun Kg. Kilang Padi bukanlah termasuk di dalam kawasan DUN Changkat Jong, namun atas semangat ingin membantu rakyat susah perkara tersebut diketepikan demi kesejahteraan rakyat.



0 ulasan:

Catat Ulasan

About This Blog

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP